fbpx
Now Reading
Polis Terima 14 Laporan Berkaitan Video ‘Melayu Pemalas’, Makcik Kemboja Tampil Beri Keterangan Di IPK Melaka

Polis Terima 14 Laporan Berkaitan Video ‘Melayu Pemalas’, Makcik Kemboja Tampil Beri Keterangan Di IPK Melaka

Video mengenai Makcik Kemboja yang mendakwa ‘Melayu malas’ itu telah menimbulkan kemarahan dan juga kecaman masyarakat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang usahawan wanita, Madame Mariyah yang dengan lantangnya mengelar ‘orang Melayu Malas’ manakala orang Kemboja rajin.

Kenyataan dikeluarkan usahawan yang turut digelar Makcik Kemboja dalam video tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan kemarahan serta kecaman daripada orang ramai.

Video turut tarik perhatian Exco Johor dan nasihat untuk lebih peka

Susulan daripada video tular itu, Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon turut memberikan nasihat agar Makcik Kemboja berkenaan lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat di negeri terbabit.

Malah menurutnya ia adalah satu tindakan tidak wajar untuk bergurau tentang isu yang tidak sepatutnya.

Selain itu, beliau turut menyatakan sebagai seorang penduduk yang menetap di Johor, usahawan itu perlu belajar menghormati serta menjadi Bangsa Johor yang memahami tentang adat resam di negeri berkenaan.

Polis terima 14 laporan polis berhubung video tular membabitkan Makcik Kemboja

Terbaharu, polis memaklumkan bahawa usahawan kelahiran Kemboja berkenaan telah tampil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk memberikan keterangan berhubung video yang tular.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah wanita itu dipanggil untuk membantu siasatan mengenai 14 laporan polis yang diterima pihaknya berkaitan video tular berkenaan sejak minggu lepas.

Hadir beri keterangan untuk bantu siasatan

Makcik Kemboja berkenaan telah hadir untuk memberi keterangan pada 21 November (Selasa) lepas dan siasatan itu telah dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin oleh pegawai penyiasat sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya, lapor Kosmo.

Lapan lagi individu lain turut dipanggil

Kata Zainol lagi, selain usahawan terbabit seramai lapan lagi individu lain juga telah dipanggil sejak 19 November sehingga kini untuk membantu siasatan.

Terdahulu, sedar video mengundang kecaman dan kemarahan orang ramai wanita Kemboja itu kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu hantaran di TikTok rasminya.

Baca artikel berkaitan: Usahawan Wanita Asal Kemboja Gelar Melayu Pemalas Buat Netizen Berang, Ada Yang Mahu Boikot [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.