Kes Polis Langgar Pelajar Sekolah: MCMC Mohon Padam Gambar & Video Kemalangan

Pada Jumaat (15 Disember) yang lalu, negara dikejutkan dengan kemalangan maut melibatkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Jalan Taman Jati 1 Ipoh, Perak.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Ativa dipandu seorang pegawai kanan polis.

Kemalangan juga dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati pemandu kereta tersebut terhadap mangsa yang membuat bising menggunakan ekzos motosikal.

Malah, turut tular video dan gambar mangsa ketika kejadian di media sosial hingga menyebabkan timbul rasa tidak puas hati orang ramai dan mahu kes dibicarakan seadilnya.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar 17 Tahun Maut Kes Langgar Lari Depan Sekolah Di Ipoh

MCMC Mohon Pengguna Tidak Berkongsi Gambar Atau Video Kemalangan

Terbaharu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memohon kerjasama orang ramai agar tidak berkongsikan gambar atau video yang melibatkan kemalangan pelajar SMK Jati Meru, Ipoh itu.

MCMC menerusi satu kenyataan di akaun Facebook rasminya memaklumkan bahawa tindakan berkongsi gambar dan video kemalangan tersebut tidak hanya boleh melukakan perasaan keluarga mangsa namun ia juga melanggar prinsip dan etika asas.

Malah, setiap individu perlu membuat pertimbangan yang wajar untuk tidak menyebarkan gambar atau kandungan berkaitan kemalangan tersebut.

“Jika telah memuat naik atau berkongsi gambar atau video daripada kejadian berkenaan, orang ramai dinasihatkan untuk menurunkan hantaran atau memadam kandungan berkenaan.

“Selain itu, semua pihak turut dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa,” kata MCMC dalam kenyataan itu.

Tindakan Undang-Undang Boleh Dikenakan

Tambah MCMC lagi, tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 jika sebarang perkongsian yang dibuat berhubung tragedi berkenaan.

Untuk info, suspek yang dikenali sebagai Mohd. Nazri Abdul Razak telahpun didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh semalam (18 Disember) atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan dibuat memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mahkamah kemudiannya menetapkan 7 Februari 2024 sebagai sebutan semula kes.

KENYATAAN MEDIA MCMC MENASIHATI ORANG RAMAI UNTUK TIDAK BERKONGSI GAMBAR ATAU VIDEO MANGA MELIBATKAN TRAGEDI DI MERU, IPOH #MCMC

Posted by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia on Monday, 18 December 2023

Baca Artikel Berkaitan: Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Kanan Polis Didakwa Atas Tuduhan Membunuh

Baca Artikel Berkaitan: “40 Minit Anak Merintih Macam Ayam Kena Sembelih” – Luahan Bapa Zaharif Buat Ramai Sebak

Recent Posts

  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

26 mins ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

1 hour ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

3 hours ago
  • Trending

“Antara 2 Darjat” – 2 Golongan Ini Mandi-manda Pada Waktu Sama Buat Ramai Tersentuh Hati [Video]

Video itu membuktikan bahawa kebahagiaan bukan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, bahkan mereka…

5 hours ago