Luah Rindu Arwah Bapa, Dua Lelaki Peluk Cium Kanak-Kanak Buat Ramai Sebak [Video]

Kehilangan insan tercinta seperti ibu bapa merupakan perkara yang sukar untuk diterima.

Lebih menyentuh hati jika seseorang itu telah kehilangan ibu bapa sejak kecil lagi dan terpaksa membesar tanpa kasih sayang daripada insan tersayang.

Malah pasti adakalanya mereka merindui figura itu, namun hanya doa yang dapat disampaikan kepada mereka yang berada di alam sana.

Luah rindu pelukan arwah bapa

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang meluahkan rasa rindu kepada arwah bapanya sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang penceramah motivasi (@kakanneomey) di TikTok awalnya beliau bertanya kepada adik Hafiz Adib adakah dia merindui pelukan seorang bapa.

kehilangan bapa sejak kecil, terima hadiah pelukan dari dua bapa

Hafiz yang telah kehilangan bapa sejak kecil menganggukkan kepalanya tanda dia merindui pelukan insan tersayang itu.

Penceramah itu kemudian meminta Hafiz untuk menutupkan mata kerana dia mempunyai ‘hadiah’ yang ingin diberikan kepada kanak-kanak itu.

Hafiz lalu menutupkan matanya sambil berdiri dengan sabar sambil menunggu apakah hadiah yang akan diberikan.

“Hadiah yang mungkin kecil bagi orang lain tapi besar maknanya buat beliau,” tulis Kakanneomey di videonya.

Tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki memeluk kanak-kanak itu.

“Dan inilah hadiah yang Allah janjikan buat hambaNya yang sabar. Lalu datang seorang lagi ‘ayah’ yang membuka mata kita sebagai ibu bapa.”

Dua orang lelaki yang datang itu tidak hanya memeluk Hafiz tetapi turut memberikan kucupan sebagai seorang ayah di dahinya.

Ramai sebak dan menangis lihat kanak-kanak lepas rindu kepada dua bapa

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai sebak dan menitiskan air mata melihat mereka berpelukan antara satu sama lain.

Di hujung video, perakam turut menunjukkan saat Hafiz memeluk erat ibunya dan mereka berharap agar dua beranak itu terus kuat.

“Menitis air mata ni, bila kejadian berlaku depan mata. Ceramah keibubapaan bersama ibu bapa dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor, Jeli, Kelantan.

“Semoga Allah merahmati kasih sayang kita semua dan semoga Allah peluk kita semua dengan kasih dan sayangNya,” katanya di ruang kapsyen.

Mengintai di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan momen tersebut. Malah ada juga yang mengucapkan tahniah kepada dua bapa berkenaan kerana telah membahagiakan Hafiz.

Bukan hanya itu, ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka menjadi anak yatim sejak dari kecil.

“Sebak juga mengenangkan perasaan anak-anak pada arwah papanya”

“Apa-apa acara dekat sekolah saya yang akan hadir untuk anak-anak. Tanpa ayah dia orang, kadang-kadang saya sendiri cemburu anak saya tanpa ayah”

“Ayah siapa yang cium tu? Tahniah pakcik, pakcik dah buktikan yang lelaki baik masih wujud di bumi ni”

“Kenapa air mata aku bergenang.. siapa hiris bawang ni”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago