Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup Selepas MBPP Jumpa Najis Tikus & Bau Hancing

Kebersihan merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan oleh setiap yang bergelar peniaga khususnya dalam industri makanan.

Ini kerana makanan yang tidak dikendalikan dengan bersih boleh menyebabkan berlakunya keracunan makanan kepada pelanggan disebabkan makanan tercemar, persekitaran tidak bersih dan banyak lagi.

Lebih parah lagi apabila kes keracunan itu boleh meragut nyawa pelanggan.

Bau hancing dan najis tikur dijumpai, restoran terkenal di Pulau Pinang diarah tutup

Terbaharu, Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjalankan satu operasi pemeriksaan mengejut di sebuah restoran Timur Tengah yang terkenal di Lebuh Chulia, Georgetown, Pulau Pinang, pada hari ini (17 Januari).

Menerusi pemeriksaan mengejut yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasaan mendapati terdapat bau hancing air kencing termasuk najis tikus di bahagian stor simpanan bahan mentah makanan di premis terbabit.

Susulan daripada penemuan pihak berkenaan sebanyak tiga notis serta notis perintah penutupan premis telah diberikan mengikut Undang-Undang Kecil 38(1) Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) MBPP 1991 menerusi Operasi Penguatkuasaan Kebersihan dan Pematuhan Syarat Lesen Yang dilakukan itu.

Ditutup selama 14 hari, bahan makanan turut tercemar

Sehubungan itu, restoran berkenaan diarah tutup selama 14 hari sehingga 30 Januari untuk kerja pembersihan dibuat.

Menurut Pengarah Jabatan Pelesenan MBPP iaitu M Bawani, pemeriksaan ke atas restoran terbabit mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan.

Bahan makanan diletakkan bersama cat dan bahan pencuci

Bukan itu sahaja, bahan makanan turut tercemar kerana ia hanya dialas dengan kertas bercetak manakala makanan mentah pula turut disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak.

“Pihak pengurusan premis mendakwa membersihkan perangkap minyak setiap hari namun ketika pemeriksaan dilakukan, kami mendapati keadaannya amat teruk sekali.

“Manakala tahap kebersihan dapur iaitu di tempat memasak amat tidak memuaskan selain telur dan lain-lain makanan diletak bersama cat serta bahan pencuci,” jelasnya, lapor Harian Metro.

Gagal tunjuk Kad Suntikan Vaksin Anti-Tifoid, pinggan mangkuk dah guna tak dibasuh sehingga berbau

Selain itu, pengurusan restoran berkenaan juga gagal menunjukkan Kad Suntikan Vaksin Anti-Tifoid sewaktu diminta pihak penguatkuasa.

Malah pihak penguatkuasaan terpaksa menenangkan dan memberi penerangan kepada pengurus restoran yang sebelum itu dilihat tidak berpuas hati dengan pemeriksaan yang dijalankan.

Lebih meloyakan, pihak penguatkuasa turut mendapati bahagian luar beberapa periuk nasi di dapur restoran terbabit dalam keadaan kotor selain pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh dan berbau.

Selain premis menyajikan makanan Timur Tengah itu, dua lagi restoran turut berdepan nasib yang sama iaitu nasi kandar dan restoran masakan India di Pulau Tikus selepas najis tikus ditemui di dapur.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

21 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

22 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

22 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

23 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

24 hours ago