“Sebelum Masuk Polis Tiada Masalah” – Ayob Khan Ulas Isu Salah Laku Anggota PDRM

Umum mengetahui polis berperanan dalam menjaga keamanan dan keselamatan awam negara. Namun sejak belakangan ini, masyarakat dihidangkan dengan berita mengenai salah laku anggota badan beruniform tersebut.

Antara salah laku yang masih menjadi bualan ramai adalah kes pegawai kanan polis yang didakwa melanggar seorang pelajar sekolah di Ipoh, Perak serta anggota yang melakukan jenayah seksual terhadap remaja warganegara Uzbekistan.

Isu ini sememangnya mencalarkan imej dan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebuah badan beruniform sehingga ada segelintir pihak yang mempertikaikan mengenai prosedur pengambilan anggota tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar 17 Tahun Maut Kes Langgar Lari Depan Sekolah Di Ipoh

Baca Artikel Berkaitan: Lans Koperal Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Rogol Pelajar Uzbekistan

Tiada Masalah Dari Prosedur Operasi Standard (SOP), Kelemahan Dari Aspek Penyeliaan

Terbaharu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin menegaskan bahawa tiada masalah dari segi prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada.

Menurut beliau, SOP tersebut tidak perlu diteliti memandangkan ia sudah lengkap dan mencukupi.

Namun, kelemahan penyeliaan menjadi antara punca pegawai dan anggota PDRM terlibat dengan salah laku termasuk isu integriti dan jenayah.

“SOP pengambilan sudah lengkap, tetapi ada kelemahan penyeliaan dan tindakan tegas perlu diambil.

“Kebanyakan mereka (anggota dan pegawai baharu) semasa masuk polis tiada masalah, namun disebabkan persekitaran, cabaran besar mungkin mereka tergoda.

“Ini masalah daripada segi penyeliaan, ia perlu diperkemaskan bagi mengurangkan isu ini (salah laku),” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Salah Laku Boleh Cemar Imej PDRM

Jelasnya lagi, walaupun hanya sebilangan kecil yang terlibat dengan isu salah laku, namun golongan itu yang mencemarkan nama baik PDRM.

“Walaupun sedikit dan beberapa peratus sahaja tetapi inilah yang mencemar imej PDRM keseluruhan.

“Contohnya yang terbabit (salah laku) 2%, yang ok 98%. Sebab itu tindakan tiada tolak ansur.

“Saya sudah pun banyak kali berkongsi mengenai tangkapan (anggota dan pegawai polis) termasuk kes narkotik sebelum ini, dan sekarang jika ada yang terbabit (salah laku), kita kesan dan akan tangkap dan tuduh di mahkamah.

“Kita tidak akan bertolak ansur, itu memang jelas,” katanya lagi.

[LIVE] SIDANG MEDIA TIMBALAN KPN Kini sedang berlangsungnya Sidang Media Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Tingkat 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. #LiveUpdate #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #PDRM #RMP #23012024Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Monday, 22 January 2024

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Kerana Satu Kes Di Perak, Imej Baik PDRM Teruk Dihukum – KPN

Baca Artikel Berkaitan: “Pangkat Datang Dengan Tanggungjawab & Amanah, Bukan Untuk Bermegah”- Ayob Khan

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

14 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

14 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

15 hours ago