fbpx

“Pangkat Datang Dengan Tanggungjawab & Amanah, Bukan Untuk Bermegah”- Ayob Khan

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara itu, walaupun sebesar mana pangkat yang diterima, namun ia bukanlah sesuatu yang kekal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat kebanyakan individu, naik pangkat merupakan antara perkara yang paling menggembirakan dalam kehidupan.

Ia menandakan seseorang itu telah berjaya melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi daripada kedudukan semasa.

Namun, ada segelintir individu berbangga dengan kejayaan yang dimiliki hingga berubah menjadi seseorang yang tidak bertimbang rasa.

Pangkat Datang Dengan Tanggungjawab & Amanah

Hari ini (29 Disember), Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin memberi peringatan khusus buat pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tidak berbangga dengan pangkat yang dimiliki.

Jelas Ayob Khan, pangkat yang dianugerahkan itu bukanlah satu penghargaan, sebaliknya ia tanggungjawab yang perlu dijalankan sebaik mungkin.

“Pangkat datang dengan tanggungjawab dan amanah, bukannya untuk bermegah-megah dan mengambil kesempatan ke atas pangkat dan kedudukan kita,” katanya.

Beliau berucap sedemikian sewaktu Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada hari ini (29 Disember).

Tiada Yang Kekal Selamanya

Tambah beliau lagi, walaupun sebesar mana pangkat yang diterima, namun ia bukanlah sesuatu yang kekal.

“Kita tidak tahu berapa lama akan hidup dan bila malaikat maut menjemput dan apabila kita pergi (meninggal dunia) yang tinggal hanyalah amalan.

“Ingatlah pesanan yang sering diberikan, pahala, dosa dan hidup dan mati dunia dan akhirat. Setiap yang kita buat di dunia akan dibalas di alam kubur dan di Padang Mahsyar.

“Kalau baik amalannya, luaslah kubur kita nanti dan dipermudahkan di Padang Mahsyar, jika sebaliknya, maka janganlah kita menyesal selepas kita meninggalkan dunia ini nanti,” katanya.

Dalam majlis itu, Komisioner Polis Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Hassan Wan Ahmad menerima surat pelantikan bagi menggantikan Datuk Seri Aidi Ismail yang bersara wajib sebagai Pengarah JPJKK Bukit Aman bermula 1 Januari ini.

LIVE: MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA PANGKAT DAN SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH SERTA PENGERUSI PERKEP JPJKK Kini sedang berlangsungnya Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah serta Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. #LiveUpdate #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #PDRM #RMP #29122023

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Thursday, 28 December 2023

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Ingat Saya Takut” – ‘Inspektor Sheila’ Tular Cemuh Anggota Polis Pangkat Lans Koperal Lagi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Razarudin Husain Jadi Ketua Polis Negara, Ayob Khan Dilantik Sebagai Timbalan KPN

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.