fbpx
Now Reading
Razarudin Husain Jadi Ketua Polis Negara, Ayob Khan Dilantik Sebagai Timbalan KPN

Razarudin Husain Jadi Ketua Polis Negara, Ayob Khan Dilantik Sebagai Timbalan KPN

Pelantikan Razarudin Husain sebagai IGP baharu dan Ayob Khan sebagai Timbalan IGP berkuatkuasa pada 23 Jun 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid yang merupakan Timbalan Ketua Polis sebelum ini telah dilantik menjadi Ketua Polis Negara baharu berkuatkuasa pada Jumaat (23 Jun 2023) ini.

Pelantikan beliau ke jawatan Nombor 1 Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara awal.

Pelantikan tersebut adalah bagi tempoh selama dua tahun secara kontrak.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail, pelantikan Razarudin tersebut telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat daripada Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Ayob Khan Timbalan IGP

Selain Razarudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) iaitu Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay juga dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara kuatkuasa pada tarikh yang sama, lapor Astro Awani.


Biografi Ketua Polis Negara – Tan Sri Razarudin Husain

Razarudin yang berusia 61 tahun merupakan anak kelahiran Dengkil, Selangor dan telah dilahirkan pada 15 Mac pada tahun 1963.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Sains Pengajian Kepolisan di Universiti Kebangsaan Malaysia serta telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Negeri serta Kontinjen bermula pada tahun 1984 sebagai Pegawai Penyiasat di JSJ Kontinjen Kedah.

Razarudin kemudian meneruskan khidmatnya di tempat sama sehingga tahun 1996 sebelum dinaikkan pangkat menjadi Penolong Penguasa Polis (ASP) di daerah Muar, Johor.

Pada tahun 1997 beliau dilantik sebagai Ketua Bahagian Pengurusan di daerah yang sama sebelum kembali bertugas di JSJ Muar sebagai Penyiasat Kanan di jabatan sama di Kontinjen Johor.

Selain itu antara jawatan yang pernah dijawat oleh Razarudin sepanjang perkhidmatannya sebagai anggota PDRM adalah:

  • Timbalan Penguasa (DSP) sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sandakan.
  • Ketua Polis Daerah Kudat.
  • Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) sebagai Timbalan Komander, Special Task Force On Organise Crime (STFOC), Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah).
  • Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.
  • Timbalan Ketua Polis Perak 2.
  • Ketua Polis Perak.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
  • Timbalan Ketua Polis Negara.

Biografi Timbalan Ketua Polis Negara- Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Manakala bagi Timbalan Ketua Polis Negara pula, Ayob Khan merupakan anak jati negeri Kedah dari Kota Setar yang lahir pada 27 Julai 1966.

Beliau yang berusia 57 tahun itu mempunyai kelulusan di peringkat Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat di Universiti Kebangsaan Malaysia serta telah mula menjalani latihan bersama PDRM sejak 1991.

Ayob kemudian memulakan tugasnya pada tahun 1993 sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP) di Cawangan Khas Bukit Aman sebelum dinaikkan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) selama 15 tahun.

Selain itu beliau juga menyandang jawatan sebagai Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC), Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP), Pesuruhjaya Polis (CP), Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.