fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Satu Kes Di Perak, Imej Baik PDRM Teruk Dihukum – KPN

Hanya Kerana Satu Kes Di Perak, Imej Baik PDRM Teruk Dihukum – KPN

Ketua Polis Negara turut berpesan kepada pegawai dan anggota agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan menerusi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati para pegawai dan anggotanya untuk tidak sesekali berlindung di sebalik pakaian seragam yang dipakai.

Sebaliknya, mereka dinasihati untuk terus berusaha menjaga sehabis baik imej serta citra pasukan di dalam PDRM.

Banyak perkara baik dilaksanakan, namun hanya satu kes imej baik PDRM teruk dihukum

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin berkata, banyak perkara baik yang telah dilaksanakan oleh pasukan, namun hanya kerana satu isu di Perak menyebabkan imej baik pasukan teruk dihukum.

“Banyak isu-isu yang lebih bagus lagi, pegawai dan anggota PDRM. Saya ingatkan sekali lagi supaya jangan berlindung di sebalik uniform, ataupun di sebalik kuasa, ataupun di sebalik batch (lencana).

“Kita juga tak teragak-agak mengambil tindakan kepada siapa juga pegawai, anggota kita tidak mengira pangkat sekiranya berlakunya kes jenayah, salah laku, tata kelola yang dibuatnya tidak betul… kita akan mengambil tindakan,” katanya dipetik Kosmo.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Negeri Sembilan Tahun 2023 di D’Tempat Country Club, hari ini (20 Disember).

Razaruddin pesan anggota dan pegawai agar patuhi peraturan PTKPN

Berkongsi lanjut, beliau turut berpesan kepada semua pegawai serta anggota PDRM untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan menerusi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) yang sudah diadakan sejak zaman British lagi.

“Untuk makluman, saya juga telah tandatangan tahan kerja pegawai berpangkat DSP itu (kes Seksyen 302 Kanun Keseksaaan) pada petang itu juga,” katanya lagi.

Pelajar tingkatan 5 dilanggar kereta yang dipandu pegawai kanan polis

Terdahulu, negara digemparkan dengan berita kematian seorang pelajar lelaki tingkatan 5 selepas dia dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru pada waktu tengah hari.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, dipercayai dilanggar oleh kereta jenis Perodua Ativa yang dipandu seorang pegawai kanan polis.

Baca Artikel Berkaitan: “40 Minit Anak Merintih Macam Ayam Kena Sembelih” – Luahan Bapa Zaharif Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.