fbpx
Now Reading
Pegawai Atau Anggota Polis Terlibat Dengan Salah Laku Diminta ‘Berambus’ – KPN [Video]

Pegawai Atau Anggota Polis Terlibat Dengan Salah Laku Diminta ‘Berambus’ – KPN [Video]

Menurutnya, setiap pegawai atasan atau penyelia perlu bertanggungjawab memastikan penyelia di bawahnya melakukan tanggungjawab yang diberi dan melihat setiap kelemahan dari semua aspek.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak akhir-akhir ini, banyak kes dakwaan jenayah membabitkan anggota polis. Meskipun beberapa kes masih lagi dalam siasatan perkara ini, secara tidak langsung boleh mencalarkan imej badan beruniform berkenaan.

Ini kerana, mereka yang menganggotai unit beruniform tersebut perlulah mempunyai integriti yang tinggi dan melindungi rakyat.

KPN Peraturan 3C diperkasakan, pengurus tertinggi perlu bertanggungjawab selia pegawai dalam setiap sudut

Baru-baru ini, Ketua polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain telah meminta semua Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri serta Ketua Polis Daerah (KPD) memperkasakan Peraturan 3C iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Ia adalah untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Ujar Razarudin, merujuk Peraturan 3C, pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hendaklah bertanggungjawab dalam menyelia pegawai serta anggota beruniform itu dari setiap aspek.

“Setiap pegawai atasan atau penyelia-penyelia harus mengambil tanggungjawab dalam memastikan penyelia-penyelia di bawahnya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan termasuk memeriksa pegawai dan anggota, melihat segala kelemahan dari semua segi.

“Kita menjaga tepi kain bukan masuk dalam kain itu mustahak, pasal orang (masyarakat) melihat kita (polis) kini dengan segala gajet yang ada atau mampu melihat pasukan PDRM dari semua sudut.

“Selain melihat melalui telefon, masyarakat boleh melihat tingkah laku seseorang pegawai atau anggota polis melalui dash-cam, depan belakang, dalam pun ada. Kita jangan jadi bodoh sangatlah, ini bukan seperti tahun-tahun dahulu,” ujarnya, lapor Buletin TV3.

Tanggalkan logo dan berambus

Menurutnya zaman ini tidak lagi seperti dahulu yang mana polis dikatakan berkuasa sepenuhnya. Sebaliknya mereka kini lebih dikenali dengan imej bekerja untuk masyarakat.

“Sekarang ini bukan lagi seperti zaman dahulu seolah-olah Polis Raja di Malaysia, no way. Sekarang ini misi dan visi kita dengan logo tangan bersalaman dan logo amalan anti rasuah, slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ semua ada, memang kita bekerja untuk masyarakat.

“Tetapi seolah-olah apa yang berlaku iaitu satu atau dua kes ini seolah-olah menyusahkan masyarakat, memang terlihat menyusahkan masyarakat dan apa yang kita pakai pada seragam polis ini seolah-olah macam tak betul.

“Patutnya tanggalkan semua logo-logo yang ada pada seragam itu kemudian berambuslah sekali, janganlah lepas tanggal masih ada lagi dalam pasukan polis.”

Tambahnya, sejak akhir-akhir ini sikap serta identiti segelintir pegawai dan anggota polis seperti menunjukkan perkara yang negatif kepada masyarakat. Ini kerana ada yang terlibat dalam salah laku termasuk rasuah.

Beliau dalam masa sama turut menegaskan setiap KPD untuk memaklumkan kesalahan yang melibatkan pegawai mahupun anggota kepada Ketua Polis Negeri dan perkara itu kemudian akan dimaklumkan kepadanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.