fbpx
Now Reading
Sanggup Campak 2 Anak Dari Tingkat 15 Demi Kekasih, Lelaki & Teman Wanita Dijatuhi Hukuman Mati

Sanggup Campak 2 Anak Dari Tingkat 15 Demi Kekasih, Lelaki & Teman Wanita Dijatuhi Hukuman Mati

Teman wanita Zhang mengarahkan lelaki itu membunuh dua anaknya kerana dilihat menjadi penghalang untuk mereka berkahwin dan beban kehidupan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, seorang bapa yang sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung buat anak-anaknya malah bertindak sebaliknya.

Begitulah yang dilakukan seorang lelaki di China apabila tergamak membunuh kedua-dua anaknya yang masih kecil dengan mencampakkan mereka dari tingkap sebuah bangunan pangsapuri pada empat tahun lalu demi kekasih tercinta.

Bagaimanapun, tindakan kejamnya itu akhirnya membawa padah apabila dia serta kekasihnya itu telah dihukum mati semalam (31 Januari).

Mahkamah dapati Zhang Bo dan Ye Chengchen bersalah terhadap insiden pembunuhan itu

Mahkamah Perantaraan Rakyat No. 5 Chongqinq dalam satu kenyataan mengesahkan Zhang Bo dan teman wanitanya, Ye Chengchen didapati bersalah atas insiden pembunuhan kanak-kanak perempuan dan lelaki yang masing-masing berusia dua dan satu tahun itu.

Kanak-kanak malang itu dilaporkan jatuh dari tingkat 15 di menara kediaman Zhang di Chongqinq, barat daya China.

Zhang selaku bapa kepada dua kanak-kanak itu menjalinkan hubungan sulit dengan Ye yang pada mulanya tidak menyedari lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Ye gesa Zhang bunuh kedua anaknya kerana jadi penghalang mereka berkahwin

Selepas mengetahuinya, wanita itu menggesa Zhang untuk membunuh dua anaknya itu kerana dilihat menjadi penghalang untuk mereka berkahwin selain menjadi beban kehidupan di masa hadapan.

Patuh dengan arahan Ye, Zhang pada November 2020 lalu telah bertindak mencampak kedua-dua anaknya dari tingkap apartmen tanpa pengetahuan isterinya yang mahu diceraikannya.

Lapor China Daily sebelum ini, pasangan yang menjalinkan hubungan sulit itu didapati bersalah kerana bersubahat dalam membunuh dua kanak-kanak terbabit.

Pasangan itu dijatuhi hukuman mati pada Disember 2021, sebelum hukumannya dilaksanakan pada semalam.

Berita hukuman mati Zhang dan Ye telah menjadi topik hangat di laman media sosial China iaitu Weibo sejak semalam dengan meraih hampir 200 juta tontonan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.