2 Individu Naiki Motosikal Tercampak Selepas Rempuh Kereta Plat Asing Tukar Laluan Mengejut [Video]

Umum mengetahui pada hujung minggu lalu ramai yang telah bercuti sempena meraikan Tahun Baru Cina (CNY).

Oleh itu, ramai mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung dan juga bercuti memandangkan cuti sekolah sudah bermula. Maka jalan raya sedikit sesak apabila ada yang ingin pulang ke desa dan ada juga yang ingin pulang ke rumah masing-masing.

Meskipun berdepan dengan kesesakan lalu lintas, namun sebagai pengguna yang berhemah setiap pemandu perlu mengikut peratusan dan sentiasa berhati-hati agar tidak berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Tular video kemalangan melibatkan kenderaan plat asing dan dua individu naiki motosikal

Semalam (12 Februari), tular satu video di grup Facebook Malaysia-Singapore Border Crosser (MSBC) yang memamaparkan satu kemalangan di Kilometer 123.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dari arah Yong Peng membabitkan sebuah kenderaan plat Singapura dan sebuah motosikal.

Menerusi video tular itu, kelihatan kereta berwarna biru pada awalnya berada di lorong kiri sebelum menukar ke lorong kecemasan secara tiba-tiba.

Tindakan pemandu tersebut telah menyebabkan motosikal dari arah belakang melanggar kereta tersebut. Impaknya menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal tercampak ke jalan selepas melanggar kenderaan plat asing itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah insiden membabitkan dua kenderaan itu berlaku pada jam 1.45 petang, 12 Februari.

Penunggang motosikal masih belum buat laporan berhubung insiden

Ujarnya, sewaktu insiden berlaku motosikal dari arah belakang tersebut tidak dapat mengelak kenderaan itu dan menyebabkan berlaku pelanggaran di bahagian kiri kereta tersebut.

“Kejadian itu dimuat naik pada jam 5.49 petang di media sosial. Pemandu warga asing berusia 52 tahun itu sudah membuat laporan di Balai Polis Yong Peng pada jam 5.20 petang manakala penunggang motosikal belum berbuat demikian.

“Kita harap penunggang terbabit tampil membuat laporan bagi membantu siasatan,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kejadian tersebut merupakan insiden kedua membabitkan kenderaan plat asing yang menggunakan laluan kecemasan di lebuh raya dalam tempoh kurang daripada seminggu.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

4 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

5 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

5 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

6 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

7 hours ago