Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan sepasukan anggota bomba yang cuba membuka sebuah rumah di flat Jalan Gangsa, Georgetown, Pulau Pinang untuk menyelamatkan seorang wanita yang didakwa dipukul oleh anak lelakinya.
Menerusi video tular itu kelihatan pasukan bomba itu turut dibantu oleh beberapa individu lain yang dipercayai penduduk di flat terbabit.
Terbaharu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Shaari Mansor memaklumkan anggotanya mengambil masa selama tiga jam untuk memujuk lelaki terbabit.
Ini kerana dalam insiden yang berlaku pada 13 Februari itu, individu berkenaan tidak hanya bertindak ganas dengan menggunakan penukul sebaliknya turut mengancam mahu meletupkan tong gas.
Ujar Shaari, pihaknya mendapat panggilan berhubung kes tersebut pada jam 10.57 malam dan apabila sampai di tempat kejadian lelaki berusia 40-an telah bertindak mengunci pintu jeriji besi dengan dawai selain bertindak agresif terhadap wanita berkenaan.
“Anggota bomba cuba memujuk lelaki terbabit namun tidak berjaya kerana dia dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
“Lelaki terbabit juga membuka dua injap tong gas dan mengancam mahu menyalakan api menggunakan pemetik api.
“Dia juga bertindak menghidupkan pembersih hampagas yang dibimbangi akan mencetuskan api kebakaran,” jelasnya, lapor Harian Metro.
BBP lalu telah bertindak membuka satu saliran air dengan tekanan yang tinggi untuk persedian jika berdepan dengan kebakaran.
Namun selepas sekitar tiga jam dipujuk, dia akhirnya melepaskan ibu yang berusia 60-an itu dan dicekup oleh pihak polis. Wanita itu pula diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Penangkapan suspek turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid dan dipercayai direman pagi tadi (14 Februari).
Turut difahamkan, lelaki yang bertindak agresif terhadap warga emas itu tidak bekerja serta tinggal bersama ibu dan seorang lagi ahli keluarga.
Sewaktu insiden berlaku, suspek didakwa memukul warga emas itu setiap kali anggota bomba cuba merapati mangsa untuk menyelamatkannya.
Sewaktu diselamatkan warga emas berkenaan berada dalam keadaan trauma dan lelaki itu dipercayai memukul mangsa menggunakan tukul.
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…