fbpx
Now Reading
Budak 8 Tahun Patah Jari Kaki, Tersangkut Di Eskalator Pusat Beli-belah [Video]

Budak 8 Tahun Patah Jari Kaki, Tersangkut Di Eskalator Pusat Beli-belah [Video]

Kanak-kanak perempuan itu terpaksa menahan sakit selama 40 minit sebelum pihak bomba berjaya mengeluarkan tiga jari kakinya yang tersepit pada eskalator tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (19 Februari) tular di TikTok satu video memaparkan beberapa anggota bomba yang sedang membantu seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai tersekat pada sebuah eskalator sambil dipeluk oleh ibunya.

Dalam video tersebut dapat dilihat pihak pusat membeli-belah di Jalan Taman Ibu Kota, Kuala Lumur turut menutup laluan eskalator itu daripada digunakan pengunjung agar operasi menyelamat dapat dilakukan.

Kanak-kanak itu walau bagaimanapun dilihat hanya berdiam diri sambil ditenangkan si ibu yang berada di sisi.

Kanak-kanak tahan sakit selama 40 minit tiga jari kaki tersangkut

Terbaharu, pihak bomba memaklumkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu telah menahan sakit sekitar 40 minit kerana kaki tersangkut pada eskalator terbabit.

Susulan daripada kejadian itu pasukan gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur telah mengarahkan pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak ke tempat kejadian sebaik menerima laporan pada pukul 4.56 petang.

Satu daripada tiga jari tersangkut patah

Menurut Komander Operasi Bomba, Pegawai Bomba Kanan II, Shamsul Bahri Hashim setibanya anggota bomba di tempat kejadian mereka mendapat kanak-kanak tiga jari kaki kirinya telah tersangkut pada eskalator tersebut.

“Kerja mengeluarkan kaki mangsa yang dijalankan oleh pasukan bomba dan pihak pengurusan bangunan mengambil masa kira-kira 40 minit.

“Akibat daripada kejadian itu, tiga jari kaki mangsa cedera dengan satu daripadanya patah,” ujarnya, dipetik Berita Harian.

Sebaik kaki kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan dia kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun tidak dinyatakan secara lanjut apakah punca yang menyebabkan jari kaki kanak-kanak tersebut boleh tersepit pada eskalator berkenaan.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Saat Cemas Tangan Budak Melekat Di Eskalator.. Ibu Bapa Kena Lebih Berhati-hati

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.