Hot Daddy & Dua Teman Wanita Didakwa Lagi, Mengaku Tidak Bersalah Jual Video Lucah

Lelaki tular yang digelar sebagai Hot Daddy bersama dua kekasihnya hari ini (4 Mac) sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan.

Bagi pertuduhan di Mahkamah Majistret, kesemua mereka didakwa menjual video lucah, dua bulan lalu.

Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 bersama Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Nurul Izzah Shaharuddin.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama menjual rakaman video lucah bagi maksud menunjukkan secara awam, di Pejabat Siasatan Jenayah D7 (Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) Bukit Aman antara jam 11.47 dan 11.54 malam, 15 Januari lalu.

Sehubungan itu mereka dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun sama, yang jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian membenarkan semua tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan sebutan semula kes pada 22 April depan.

Pertuduhan memiliki bahan lucah

Manakala di Mahkamah Sesyen pula, Hot Daddy yang juga seorang penganggur dan Norhidayah didakwa atas pertuduhan memiliki bahan lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kedua-dua mereka didakwa berbuat demikian di pejabat D7 Ibu Pejabat Daerah Polis Wangsa Maju, pada jam 4 petang, 22 Januari lalu.

Mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman denda antara RM10,000 dan RM50,00 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim, Siti Aminah Ghazali membenarkan kedua-dua tertuduh ini diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan tarikh sama iaitu 22 April untuk sebutan semula kes.

Sebagai rekod, Hot Daddy atau Daddy Ash bersama rakan wanitanya itu sebelum ini berdepan  pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan dalam media sosial.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu bersama dua wanita berkenaan didakwa secara bersama membuat pengiklanan khidmat persundalannya menggunakan akaun ‘NotYourDaddyy’ dalam aplikasi X di mana orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

13 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

14 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

15 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

15 hours ago