Usahawan dan influencer, Hafiz Mahamad menegaskan niatnya memuat naik video membawa pekerja-pekerjanya mencium batu Hajar Aswad semasa berada di Tanah Suci bukanlah kerana konten semata-mata.
Sebaliknya, Hafiz berkata, dia memuat naik video tersebut adalah sebagai kenangan bersama mereka dan mewujudkan keberanian orang ramai agar bersedia menghadapi situasi tersebut sekiranya menunaikan ibadah Haji atau Umrah kelak.
“Sebenarnya video itu bila saya kongsikan, jadi suatu kenangan buat team saya dan suatu hari nanti juga, bila diorang tengok video itu, wujud satu keberanian untuk buat perkara sama, jadi itu niat awal saya.
“Niat saya bukan kerana konten, kami fokus ibadah, sebenarnya bila buat benda (video) itu, bukan kita nak buat konten sampai ibadah lain terabai, tidak,” katanya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Hafiz berkata, dia sudah berfikir mengenai kesan video tersebut sebelum dimuat naik di media sosial.
Dia memaklumkan telahpun meminta pendapat daripada beberapa individu di sana sebelum memuat naik konten terbabit dan mereka memberi respon yang positif.
Berhubung dakwaan menyakiti jemaah lain yang berada di sana, Hafiz menyatakan dia tidak menyakiti atau memudaratkan mana-mana jemaah yang berada di sana.
Bahkan dia menjelaskan tidak memarahi sesiapa dan hanya meninggikan suara kerana keadaan terlalu bising menyebabkan percakapannya tenggelam.
“Saya tahu mana nak masuk dan masuk dengan cara yang tidak menyakitkan. Yang saya dekat atas itu, bukan saya marah-marah, saya cuma bagitahu sebab keadaan masa itu bising sebenarnya.
“Saya cakap ‘haji haji sabar, don’t push women and kids here’, makna bukan team saya sahaja, dekat depan itu (Hajar Aswad) banyak lagi orang perempuan,” katanya.
Hafiz pada masa sama turut meminta maaf secara terbuka sekiranya video terbabit telah mewujudkan pelbagai persepsi daripada orang ramai yang menontonnya.
Berkongsi lanjut, Hafiz berkata, dia mengambil tindakan untuk memadam video terbabit dari akaun TikTok dan Instagram miliknya kerana ingin mengelakkan percanggahan pendapat sekali gus menjaga keharmonian di media sosial.
“Ada juga beberapa ustaz yang hubungi saya, persepsi mereka berbeza-beza, ada yang cakap jangan take down video itu dan ada yang minta untuk turunkan video kerana persepsi ramai,” katanya.
Terdahulu, tular pengguna media sosial mengecam tindakan Hafiz yang memuat naik video dirinya membawa para pekerjanya mencium batu Hajar Aswad ketika dalam keadaan yang sesak dipenuhi jemaah-jemaah lain.
Malah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut berkongsi pandangannya bahawa sekiranya mencium Hajar Aswad boleh menyebabkan masalah, kesakitan atau membahayakan, maka hukumnya adalah haram.
Baca Artikel Berkaitan: “Demi Content” – Hafiz Mahamad Teruk Dikecam Selepas Muat Naik Video Bergelut Demi Cium Hajar Aswad
Baca Artikel Berkaitan:
Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…
Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…
Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…
Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…
Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…