fbpx
Now Reading
“Haram Cium Hajar Aswad Jika Sampai Bahayakan Diri & Orang Lain” – Dr Zulkifli

“Haram Cium Hajar Aswad Jika Sampai Bahayakan Diri & Orang Lain” – Dr Zulkifli

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu, cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mencium batu yang sangat dimuliakan, Hajar Aswad semasa berada di Mekah adalah satu ibadah sama seperti tawaf.

Namun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, melakukan tawaf adalah perkara wajib manakala mencium Hajar Aswad pula hanyalah satu sunat.

“Bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium Hajar Aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang,” katanya.

Haram cium Hajar Aswad jika sampai bahayakan diri dan orang lain

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook milikunya, Dr Zulkifli berkata hukum mencium Hajar Aswad bagaimanapun menjadi haram sekiranya ia menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri dan orang lain atau membahayakan.

Beliau berkata, cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.

“Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya.

“Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar ‘trend’ untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah ‘trend’ yang merugikan itu,” katanya lagi.

Meskipun, Dr Zulkifli tidak mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan itu, ada yang mengaitkannya dengan video tular membabitkan influencer, Hafiz Mahamad yang dilihat bergelut untuk mencium Hajar Aswad.

Baca artikel berkaitan: “Demi Content” – Hafiz Mahamad Teruk Dikecam Selepas Muat Naik Video Bergelut Demi Cium Hajar Aswad

Dr Zulkifli saran, banyakan doa dan mohon keampunan ketika tunai Umrah atau Haji

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu turut menyarankan umat Islam yang menunaikan ibadah Umrah atau Haji untuk memperbanyakkan doa dan mohon keampunan daripada Allah SWT.

“Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta konten.”

‎قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. [Surah al-An’am: 162].”

Surah al-An’am ayat 162

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.