Tindakan Memboikot Starbucks Hanya Sakiti Rakyat Malaysia, Kata Vincent Tan

Pengasas Berjaya Corporation Bhd Tan Sri Vincent Tan memohon orang ramai agar menghentikan kempen memboikot syarikat minuman terkenal, Starbucks Malaysia.

Menurut Tan yang juga salah seorang individu terkaya di Malaysia, tindakan memboikot itu hanya akan merugikan rakyat tempatan.

“Saya rasa kesemua mereka yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia. Kami tiada seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat. Di kedai, 80-85% pekerja adalah Muslim. Boikot ini tidak menguntungkan sesiapa,” katanya dipetik NST.

Namun menurut Tan, situasi semasa sudah menunjukkan sedikit perubahan yang mana mereka melihat Starbucks Malaysia sudah ada sedikit peningkatan dalam jualan.

Malah penasihat Berjaya Corp itu turut meramalkan jualan akan menjadi lebih baik pada suku ketiga 2024.

“Ya, ia mempunyai sedikit impak kepada kami tetapi kini sekurang-kurangnya ia bertambah baik dan seperti yang saya katakan ia semua milik rakyat Malaysia, ia dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Ia hanya francais, ia bukan milik orang Amerika.”

Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation, Tan Sri Vincent Tan

BFood dedah alami kerugian, boikot akibat konflik di Asia Barat jadi punca

Sebelum ini media melaporkan yang Starbucks Malaysia turut terkesan dengan seruan boikot Starbucks yang berlangsung hampir di seluruh dunia apabila Berjaya Food Bhd (BFood) mengalami kerugian pada suku kedua berakhir 31 Disember 2023.

Menurut BFood, penurunan pendapatan kebanyakannya adalah disebabkan boikot berkaitan konflik di Asia Barat.

Baca artikel berkaitan: Berjaya Food Catat Kerugian Bersih RM42.58 Juta, Boikot Antara Punca Utama

Tambah BFood, pendapatan kumpulan merosot sebanyak 38% iaitu daripada RM295.32 juta kepada RM182.55 juta. Dari segi kerugian bersih pula adalah sebanyak RM42.58 juta berbanding dengan keuntungan bersih RM35.49 juta pada suku sama pada tahun 2022.

Namun kerugian mereka bukan hanya disebabkan Starbucks Malaysia sahaja, sebaliknya BFood turut mengalami penyusutan keuntungan akibat pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Jollibean Foods Pte Ltd (JPFL).

Sebagai rekod, Starbucks Malaysia pada minggu lalu tampil menjelaskan bahawa mereka adalah sebuah organisasi yang tidak berasaskan politik.

Malah syarikat kopi berkenaan menerusi satu kenyataan media turut memaklumkan Starbucks di Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh syarikat awam yang tersenarai Malaysia.

Baca artikel berkaitan: “Truth Matters” – Starbucks Malaysia Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Buat Rakyat Msia

Recent Posts

  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

12 mins ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

19 mins ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

19 mins ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

35 mins ago
  • News
  • Trending

‘Bukannya RM1,500’- UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,102 Sebulan

Kadar itu ditetapkan setelah mengambil kira faktor seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis…

47 mins ago
  • Trending

“He’s Just A Small Boy With A Big Dream” – Video ‘Tribute’ Faisal Halim Dari Selangor FC Buat Ramai Sebak

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @SelangorFC, terdapat beberapa video kompilasi Faisal ketika…

2 hours ago