fbpx
Now Reading
Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Kuarters Hospital

Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Kuarters Hospital

Menerusi soal siasat, bapa mangsa mendakwa anak bongsu daripada empat beradik itu merupakan seorang kanak-kanak hiperaktif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut setelah terjatuh daripada tingkat 16 Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh semalam (24 Mac).

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, laporan kejadian diterima menerusi panggilan Mers 999 oleh orang awam yang melihat insiden tersebut sekitar jam 4.28 petang.

Pegawai perubatan mengesahkan kanak-kanak warganegara tempatan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Keluarga Mangsa Sedang Tidur Ketika Insiden Berlaku

Mohd Hafiz berkata kanak-kanak terbabit telah terjatuh daripada jendela yang terbuka di ruang tamu.

Siasatan awal mendapati keluarga mangsa sedang tidur di kediaman sama di tingkat 16 kuarters itu ketika kejadian berlaku.

Sejurus sebelum mangsa terjatuh, ibu mangsa baru sahaja bangun tidur dan sempat melihat kanak-kanak itu berada di belebas satu tingkap yang terbuka di ruang tamu.

Walau bagaimanapun, wanita itu tidak sempat mendapatkan mangsa, maklum Mohd Hafiz.

Mangsa Didakwa Seorang Kanak-Kanak Hiperaktif

Mohd Hafiz berkata punca kematian kanak-kanak tersebut masih dalam siasatan.

Dalam masa sama, pihak polis telah merakam keterangan kedua-dua ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan lanjut.

Menerusi soal siasat, bapa mangsa mendakwa anak bongsu daripada empat beradik itu merupakan seorang kanak-kanak hiperaktif, lapor Harian Metro.

Namun begitu, dakwaan ini masih belum disahkan pasukan penyiasat ketika itu,

Foto Kejadian Tular Di Media Sosial

Mohd Hafiz memaklumkan pihak polis mengklasifikasikan kes sebagai Mati Mengejut (SDR).

Mayat mangsa telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu boleh menghubungi balai terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 bagi membantu siasatan.

Pada hari sama kejadian, insiden tersebut tular menerusi beberapa platform media sosial yang memuat naik gambar di tempat kejadian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.