fbpx

“U Turn Sekmu” – Padah Buat Konten Patah Balik Elak Jalan Sesak, Polis Buru Pemandu Lawan Arus Di LTU [Video]

Ketua Polis Daerah Raub berkata, tindakan pemandu-pemandu itu disifatkan sebagai tidak mematuhi peraturan jalan raya kerana telah menyebabkan kegusaran dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut kedatangan 1 Syawal. Pasti sudah ramai anak perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga tercinta.

Seperti setiap tahun, lebuh raya sudah pastinya akan menjadi sesak kerana jumlah kenderaan yang terlalu tinggi, namun mengambil keputusan berpatah balik dengan melawan arus sambil membuat konten di media sosial bukanlah suatu keputusan yang bijak.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial beberapa video yang memaparkan kenderaan di Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU), sekitar daerah Raub berpatah balik selepas melihat kesesakan jalan raya di hadapan pada 5 April lalu.

Video tular kereta patah balik elak jalan sesak tarik perhatian pihak polis

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, penularan video tersebut telah menarik perhatian pihak polis selain satu laporan juga telah dibuat untuk siasatan lanjut.

“Video-video tersebut telah memaparkan beberapa kenderaan dari arah Bentong yang berhenti di susur tepi jalan dan kemudian berpatah semula melawan arus untuk keluar ke susur UiTM/Simpang Krau ekoran terdapat kesesakan lalu lintas di susur keluar Bypass Raub,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, tindakan pemandu-pemandu itu disifatkan sebagai tidak mematuhi peraturan jalan raya kerana telah menyebabkan kegusaran dan boleh mengakibatkan kemalangan.

JSPT Raub buru pemandu lawan arus untuk dikenakan tindakan tegas

Susulan itu, beliau memandang serius isu terbabit dan mengarahkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Raub mengesan serta mengambil tindakan tegas ke atas pemandu-pemandu berkenaan.

Difahamkan, pemandu-pemandu terbabit telah melanggar peraturan jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan atau Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

Pihak yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil bantu siasatan polis

Berkongsi lanjut, Mohd Shahril berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk membantu siasatan.

“Pengguna-pengguna jalan raya yang melalui daerah Raub adalah dinasihatkan agar mematuhi peraturan jalan raya serta arahan anggota yang bertugas, jangan bersifat pentingkan diri sendiri sehingga mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.