fbpx
Now Reading
Polis Sahkan Wanita Diragut Ketika Bawa Motosikal Di Klang, Suspek Kini Diburu

Polis Sahkan Wanita Diragut Ketika Bawa Motosikal Di Klang, Suspek Kini Diburu

Menurut KPD Klang Selatan, Cha Hoong Fong beg silang yang diragut mengandungi iPhone14, dompet berisi dokumen peribadi, wang tunai dan jumlah kerugian sekitar RM3,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (18 April), tular video di media sosial insiden membabitkan seorang wanita yang terjatuh berguling di atas jalan raya selepas diragut.

Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan wanita berkenaan sedang menunggang motosikal sebelum datang seorang penunggang yang secara tiba-tiba menarik beg tangannya.

Tindakan penunggang berkenaan secara tidak langsung telah menyebabkan wanita terbabit terjatuh berguling ke atas jalan.

Malah dalam kenyataan pada video tular turut mendakwa peragut terbabit telah bertindak menutup nombor plat motosikal menggunakan plastik.

Insiden ragut berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja

Terbaharu, polis mengesahkan insiden berkenaan dan kejadian tersebut berlaku di Persiaran Raja Muda Musa berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Zarina pada 15 April yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong mangsa yang berusia 20 tahun ketika kejadian sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC.

Namun ketika dalam perjalanan secara tiba-tiba suspek yang menaiki motosikal datang dari arah belakang mendekati wanita berkenaan dan menarik beg silang yang disilangkan di badannya menyebabkan mangsa terjatuh.

Hilang kawalan sebelum terjatuh, mangsa cedera di bahagian tapak tangan, lutut, dan bahu kiri

Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang lelaki dewasa yang menunggang motosikal dipercayai jenis Yamaha Y15.

“Akibat perbuatan itu, mangsa telah hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya. Mangsa mengalami kecederaan luka di kedua-dua belah tapak tangan.

“Kedua-dua belah lutut dan bahu kiri. Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor.

“Beg silang mangsa yang diragut oleh suspek mengandungi telefon bimbit jenis iPhone 14 warna ungu, dompet berisi dokumen peribadi dan wang tunai bernilai RM114,” katanya dalam satu kenyataan.

Jumlah kerugian sekitar RM3,000

Menurut beliau lagi, motosikal mangsa juga mengalami kerosakan di mana calar di bahagian coverset dan total jumlah kerugian dialami mangsa sekitar RM3,000.

Ekoran daripada kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan semasa melakukan rompakan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

“Pihak polis dalam usaha mengenalpasti suspek yang terlibat dan akan membuat tangkapan dalam tempoh masa yang terdekat.”

Polis dalam masa sama, meminta orang ramai untuk tidak menularkan video memaparkan insiden berkenaan untuk mengelakkan kegusaran di kalangan masyarakat setempat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.