fbpx

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara stesen Hang Tuah dan Medan Tuanku turut tergendala.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebatang pokok besar dilaporkan tumbang di Jalan Sultan Ismail berhadapan Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Difahamkan pokok berkenaan turut tumbang menghempap landasan monorel serta kenderaan yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Video dan gambar juga mulai tular di media sosial dikongsikan oleh orang awam yang berada di kawasan berdekatan.

1 maut,1 cedera

Bomba kemudiannya mengesahkan seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian berkenaan.

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Kuala Lumpur, M Fatta M Amin, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung insiden pada jam 2.19 petang.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi diikuti tiga jentera bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Jalan Tun Razak dan Sentul dengan kekuatan keseluruhan seramai 27 pegawai serta anggota.

“Mangsa pertama seorang lelaki berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan manakala mangsa kedua lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan,” katanya.

Mangsa yang cedera kemudiannya diserahkan kepada paramedik untuk rawatan lanjut.

Perkhidmatan monorel alami kelewatan, ada laluan dihentikan sementara

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmatan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara stesen Hang Tuah dan Medan Tuanku turut tergendala.

Namun perkhidmatan bas perantara percuma bagi lokasi terlibat telah diaktifkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.