fbpx

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Siling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di kawasan terjejas namun bahagian lain akan beroperasi seperti biasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (7 Mei), tular di media sosial satu video memaparkan keadaan di sebuah kaunter Bahagian Pelesenan Pemandu di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur (KL) di Wangsa Maju dipenuhi air.

Malah dalam video tersebut dapat dilihat air mencurah-curah turun daripada siling sehingga terkena pada peralatan elektronik seperti komputer, mesin cetak dan banyak lagi.

Bukan hanya itu, dapat dilihat karpet di premis berkenaan basah dan air bertakung.

Insiden air mencurah di JPJ KL kerana siling bocor

Terbaharu Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli memaklumkan perkara itu berlaku disebabkan kebocoran siling bangunan dan ekoran itu ia terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi kerja baik pulih dilakukan.

Jelas beliau, pihaknya masih menanti laporan mengenai insiden terbabit dari JPJ KL.

Hanya tempat terjejas ditutup dan jalani pembaikan, bahagian lain beroperasi seperti biasa

“JPJ KL sedang menyiapkan laporan termasuk dari segi kerosakan dan akan menghantar kepada kami (Ibu Pejabat JPJ) hari ini (8 Mei).

“Tindakan pembaikan akan dilakukan segera dengan hanya tempat terjejas sahaja sementara, manakala bahagian lain akan beroperasi seperti biasa.

“Kita akan pastikan perkhidmatan di bahagian terbabit tidak akan terjejas dan akan berjalan seperti biasa,” ujarnya dipetik Harian Metro.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.