fbpx
Now Reading
“Najis Jadi Teman” – Teater Baharu Indah Water Konsortium (IWK) Beri Gambaran Sebenar Proses Loji Rawatan Kumbahan

“Najis Jadi Teman” – Teater Baharu Indah Water Konsortium (IWK) Beri Gambaran Sebenar Proses Loji Rawatan Kumbahan

Para pelakon utama juga akan dibantu oleh barisan anak-anak daripada Yayasan Chow Kit, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang menyokong kanak-kanak dan remaja berisiko di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Adakah anda bersedia untuk kejutan yang tidak disangka-sangka di mana Indah Water Konsortium (IWK) bakal memperkenalkan persembahan paling ‘extraordinary’ tahun ini iaitu: “Najis Jadi Teman”?

Ya, anda tidak tersalah baca.

Loji rawatan kumbahan juga layak untuk menerima tepukan gemuruh!

Bagi meraikan perjalanan syarikat tersebut selama 30 tahun yang telah mengurus air buangan di Malaysia, produksi teater amal unik ini bukan sekadar persembahan; ia juga merupakan odyssey (perjalanan) yang membawa para penonton menyelami dunia rawatan kumbahan yang seringkali diabaikan.


Najis Jadi Teman oleh IWK

Untuk pengetahuan anda, Najis Jadi Teman ini bakal membawa anda menyusuri proses sebenar dalam pembetung, di mana ‘perkara sebenar’ 💩 berlaku.

Ini adalah kisah pekerjaan sektor 3D—dirty, dangerous, dan difficult—yang tetap penting untuk kesihatan kita semua dan kesihatan bumi. Inspirasi untuk drama ini datang dari perjuangan dan komitmen pasukan operasi IWK untuk memastikan sistem sanitasi kita berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

(Kredit: IWK via Facebook)

Tapi jangan risau sebab Ketua Komunikasi Korporat IWK, Wan Esuriyanti Wan Ahmad menegaskan bahawa, “Persembahan ini tidak akan berbau busuk. Ia akan menyeronokkan dan penuh dengan muzik. Banyak kerja kami di IWK berjalan secara senyap di belakang tabir, sering tidak disedari, namun ia penting untuk kesihatan awam dan alam sekitar.

“Seperti yang dinyatakan oleh tajuknya, Najis Jadi Teman adalah metafora yang menonjolkan kerja sukar yang dilakukan oleh IWK setiap hari untuk menguruskan sistem pembetungan yang cekap dan berkesan.”

Jadi, pementasan ini sememangnya menjanjikan perjalanan pendidikan dan hiburan kepada penonton, selain mendedahkan bagaimana loji kumbahan berfungsi.

“Najis Menjadi Teman pastinya akan menjadi satu pementasan yang berbeza dengan apa yang biasa kami persembahankan di Wayang Kitchen. Memandangkan subjek kita bukan lagi makanan tetapi apa yang datang selepas itu.

“Namun, anda masih boleh mengharapkan sesuatu untuk difikirkan,” kata pengarah, Razif Hashim yang juga seorang maestro berpengalaman dalam industri hiburan.

Dia menyatakan bahawa matlamat teater ini adalah untuk mencipta persembahan yang membangkitkan fikiran dan menghiburkan. Jadi, anda turut akan menerima pengalaman mendalam diikuti pelbagai lagu dan tarian!


Memperkenalkan, ‘The Clean-Up Crew’

(Kredit: IWK)

Lebih menarik, pentas tersebut akan diserikan dengan bakat seni tempatan Atilia Haron, serta pelakon Phraveen Arikiah dan Alfred Loh, yang akan memainkan peranan sebagai pengurus loji IWK. Ia juga bakal dilengkapi oleh bintang muda dari Yayasan Chow Kit (YCK). Bersama-sama, mereka akan menghidupkan naratif yang bukan hanya mengenai kumbahan tetapi juga menyelami kitaran hidup dan peranan kita di dalamnya.

Dan jangan terkejut jika anda diberi pelocok (plunger) di pintu masuk. Ya, anda juga sebahagian daripada aksi! Penonton akan melangkah ke dalam kasut rekrut baru untuk IWK bagi merasai sendiri pengalaman orientasi mereka ketika hari pertama dan mempelajari cara sistem kumbahan berfungsi secara langsung.


Sertai Flush Mob!

Najis Jadi Teman akan membuat kemunculan pada 22 Jun 2024, di IWK Eco Park @ Pantai Dalam. Tiket akan mula dijual pada 20 Mei 2024, dan semua hasil jualan akan disalurkan untuk menyokong inisiatif YCK.

Untuk pembelian tiket, kunjungi platform Cloud Joi.

Maklumat lanjut mengenai perjalanan IWK, lawati website atau ikuti saluran media sosial mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.