fbpx
Now Reading
5 Kelengkapan Wajib Ada Sebagai Persediaan Tiada Bekalan Elektrik Di Rumah

5 Kelengkapan Wajib Ada Sebagai Persediaan Tiada Bekalan Elektrik Di Rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti kita semua dah ‘terkena’ dengan keadaan di mana tiba-tiba je takde elektrik kat rumah kan?

Tuhan je yang tau lagi-lagi bagi yang ada anak kecik. Haru bos! Jadi kat bawah ni kami nak senaraikan 5 barang yang korang kena standby bagi menghadapi masalah takde elektrik ni. Kalau da takde eletrik pun tak delah jadi masalah sangat

1.Sumber Cahaya – (Lilin atau Lampu  jenis Battery/Gas )

Benda paling wajib ada. Sekurang-kurangnya takdelah bergelap kalau blackout waktu tengah malam. Paling murah adalah dengan menyediakan lilin . Tahan lama plak tu kalau nak simpan. Tapi bagi korang yang memang  perlukan sumber cahaya yang lebih terang dan senang dibawak kehulu kehilir baik sediakan lampu portable menggunakan kuasa bateri .Rasanya zaman sekarang ni semua prefer lampu berbateri kan.

2.Kipas Mini Portable

Tak kisahla malam ke siang, kalau dah takde elektrik . Berpeluh bos! Lagi2 yang ada anak kecik. Kompem mengamuk anak . Jadi dicadangkan untuk mendapatkan kipas berkuasa bateri yang boleh di cas semula. Kalau berkipas secara manual, pakai je kipas tangan tu. Tu pun kalau sanggup bertahan ! Haha.

3.Sumber kuasa : Powerbank / Bekalan Bateri

Antara benda yang dikategorikan penting zaman sekarang ni adalah  powerbank. Jangankan handphone, kipas dengan lampu  pun ada pakai powerbank. Apa kata pastikan powerbank anda sentiasa penuh . Kalau boleh dapatkan yang jenis berkuasa tinggi. Sebaiknya yang berkuasa 10,000 MaH keatas. Kalau kelengkapan anda jenis memerlukan kuasa bateri, pastikan ada mempunyai cukup bateri untuk menggantikan bateri yang telah kehabisan tenaga. Sekurangnya dapatlah bertahan sampai sumber elektrik kembali ada.

4. Repellant Nyamuk (Jenis semburan atau tampal)

incognito

Kalau rumah tertutup mesti bahang kan? Jadi ramai yang ambil alternatif untuk membuka tingkap dan pintu. Yelah nak kasi angin masuk. Tak salah tapi memandangkan negara kita ni banyak nyamuk. Apa kata sediakan repellent nyamuk bagi melindungi badan kita dan keluarga dari terkena gigitan.  Dahla bahang , bergelap pulak. Memang kegemaran nyamuk nak serang masa tu. Sapu atau tampalkan pada permukaan kulit . Gerenti nyamuk tak nak dekat.

5.Dapur Gas Portable

Nampak macam pelik kan ? Tapi kenapa kami senaraikan Dapur ni. Sebab sekarang da banyak rumah yang menggunakan dapur masak/kettle jenis eletrik. Kalau yang bujang jangan cakaplah . Dapur yang gas gedabak tu lagi lah tak ada. Untuk yang ada anak tu pulak, sesak-sesak bolehla masak air guna dapur ni buat susu. Haha

Yang pasti kalau lengkap barang-barang ni. Elektrik putus tetiba pun dah tak jadi satu masalah. Semoga bermanfaat untuk anda!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.