Ini Cara Mudah & Sedap Masak Ikan Siakap Rebus Ala Thai

Musim PKPB ini mesti ramai yang nak cuba masak menu baru kan? Iyalah kalau asyik hidang lauk yang sama saja takut nanti orang-orang di rumah jadi bosan.

Jadi, jom ikuti kami sampai habis dengan menu yang bakal kami kongsikan ini buat anda semua. Bagi yang menggemari makanan pedas mesti suka dengan menu yang dikongsikan oleh Sis Zat Hernani ini iaitu Ikan Siakap Rebus Thai.

Resepi ini mudah saja dengan hanya menggunakan 2 cara sahaja, anda dapat menyediakan hidangan tersebut di rumah.

CARA MASAK IKAN SIAKAP REBUS ALA THAI

Kredit: Facebook/ Zat Hernani

BAHAN-BAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN:

Kredit: Facebook/ Zat Hernani
  • 2 ekor ikan siakap (dibersikan)
  • 8 ulas bawang putih (kisar kasar)
  • 10-15 biji cili merah dan hijau (kisar kasar)
  • 6-8 biji tomato ceri
  • 2-3 biji limau nipis (ikut masam yang disukai)
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • Kicap cair
  • Mushroom sauce
  • Sos ikan
  • Air asam jawa
  • Serbuk limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Gula kabung thai
  • Gula secukupnya
  • Mushroom seasoning

CARA MEMASAK

  • Rebus ikan bersama kicap air. Masukkan juga akar ketumbar. Boleh juga kukus ikan ini kerana rasanya lebih enak.
Kredit: Facebook/ Zat Hernani
  • Bila ikan sudah masak, toskan. Angkat dengan berhati-hati supaya isi ikan tidak terlerai. Letak dalam pinggan hidangan.
Kredit: Facebook/ Zat Hernani
  • Ambil air rebusan ikan tadi dan campurkan dengan cili merah, cili hijau dan bawang putih yang dikisar kasar. (Ingat buang dahulu biji cili supaya tidak memudaratkan kesihatan).
Kredit: Facebook/ Zat Hernani
  • Masukkan sos ikan thai. Boleh sesuaikan jumlahnya ikut cita rasa.
Kredit: Facebook/ Zat Hernani
  • Kemudian masukkan mushroom sauce. Sos cendawan ini sangat wangi. Biasanya orang Thailand akan guna ketika pesta makan sayur.
Kredit: Facebook/ Zat Hernani
  • Masukkan air asam jawa.
Kredit: Facebook/ Zat Hernani
  • Masukkan kesemua bahan-bahan perasa. Jika mahu rasa lebih sedap, boleh lebihkan bahan-bahan ikut selera masing-masing.
Kredit: Facebook/ Zat Hernani
  • Tambahkan tomato ceri, daun ketumbar dan jus limau nipis ikut tahap kemasaman yang anda suka.
Kredit: Facebook/ Zat Hernani
  • Kuah Thai Pedas siap disediakan.
Kredit: Facebook/ Zat Hernani
  • Tuang kuah ke atas ikan.
Kredit: Facebook/ Zat Hernani
  • Ikan Siakap Rebus Thai sedia untuk dinikmati
Kredit: Facebook/ Zat Hernani

Haa.. Inilah cara-cara memasak lauk hidangan ikan siakap rebus ala Thai ini, tapi kalau nak lebih sedap korang boleh letakkan jus perahan limau nipis di akhir masakan. Senang kan? Selamat mencuba!

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

18 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago