Ini 10 Jenis Perfume Dengan Aroma Unik & Mampu Bertahan Lama Yang Lelaki Patut Cuba

Minyak wangi merupakan salah satu di antara aksesori terpenting bagi setiap manusia. Malah golongan lelaki yang kerap mengabaikan penjagaan kulit turut menjadikan minyak wangi sebagai salah satu aksesori must-have di dalam wardrobe mereka.

Tapi bila berbicara tentang minyak wangi atau perfume ini, rata-rata kaum lelaki pasti bersetuju yang minyak wangi sebenarnya susah untuk dipilih.

Jadi, jangan risau, dibawah kami senaraikan beberapa jenis minyak wangi yang pasti akan buat korang terpikat selain baunya yang bertahan lama.

Jom lihat senarai di bawah !

#1 BLEU DE CHANEL

Kredit: Chanel
  • Minyak wangi jenama Chanel ini merupakan salah satu favourite bagi kamu lelaki yang sukakan bauan maskulin dan segar.
  • Paduan pelbagai jenis citrus dengan aroma rempah-ratus dan nuansa kayu-kayuan yang menjadi base notes untuk minyak wangi ini menjadi pilihan ramai.

#2 ETERNITY FOR MEN

Kredit: Tendance Parfums
  • Gabungan maskulin rempah sage pastinya menjadi pemikat untuk lelaki yang gemarkan minyak wangi ini.
  • Ia sangat sesuai buat anda yang meminati nuansa bunga yang menyejukkan kerana minyak wangi ini mengandungi campuran bauan daripada bunga lili, geranium, melati dan orang blossom.

#3 ACQUA DI GIO GIORGIA ARMANI

Kredit: Acqua Di Gio
  • Minyak wangi ini mempunyai bauan akuatik, kayu-kayuan dan aromatik.
  • Ia menggabungkan aroma rempah-ratus dan citrus yang disertakan dengan bauan halus geranium, sage, rosemaru dan patchouli.
  • Bauan itu bagaikan membawa korang menjelajah ke Laut Mediterranean.
  • Semburan wangian ini mampun menampilkan gaya maskulin seorang lelaki.

#4 PACO RABANNE 1 MILLION INTENSE

Kredit: Paco Rabanne
  • Minyak wangi ini memiliki paduan aroma pedas dan kayu-kayuan yang oriental.
  • Bagi yang pertama kali bau minyak wangi ini akan bau aroma segar daripada blood mandarine, kapulaga, lada hitam dan kunyit pada awalnya.
  • Tapi lama-kelamaan, aroman itu akan berubah menjadi bauan mawar, neroli dan kayu manis yang akan membentuk bau yang berbeza.
  • Selebihnya akan bau seperti aroma leather, orris akar dan kayu cendana apabila sering memakainya.

#5 BVLGARI MAN

Kredit: Matiz Barcelona
  • Minyak wangi ini menghasilkan bau yang maskulin sekaligus membuatkan si pemakai kelihatan macho dan gentleman.
  • Ia memiliki unsur ozonic dan tonka bean yang mampu menciptakan kesan memikat dengan gabungan campuran buah-buahan yang segar daripada jeruk bergamot dan pir.

#6 AIGNER BLACK

Kredit: Tokopedia
  • Minyak wangi ini memiliki bauan yang menyegarkan dan menyenangkan biar pun terdapat bauan lain yang lebih ‘jantan’ dan maskulin.
  • Ia juga mengandungi campuran aroma orange yang membuatkan wangian ini sesuai menjadi pilihan utama untuk lelaki yang ingin menyerlahkan karakter yang kuat.

#7 CK ONE BY CALVIN KLEIN

Kredit: Tendance Parfums
  • Minyak wangi ini sesuai dipakai tidak kira jantina kerana ianya memiliki daya tarikan yang tersendiri.
  • Dengan menggunakan kombinasi bauan lemon, citrus, nenas, melati, mawar dan teh hijau ini akan membuatkan si pemakai dalam mood yang segar dan elegan.

#8 YSL LA NUIT L HOMME

Kredit: Bloomingdale’s
  • Minyak wangi ini menghasilkan aroma maskulin yang tegas, moden, sensual, mewah dan elegan.
  • Ia juga hadir dengan top notes bauan buah pelaga, bertukar pada middle notes aroma herba citrus, kayu cedar dan lavendar serta base note dengan aroma vetiver yang sangat lasting.

#9 VERSACE EAU FRAICHE

Kredit: eBay
  • Minyak wangi ini menggabungkan bauan daripada bergamot, lemon, Brazillian rosewood dan cardamom yang dipadukan dengan aroma tarragon, sage, cedar, pepper yang akan meninggalkan jejak bauan yang begitu nyaman.
  • Ia sesuai untuk lelaki yang ingin tampil dalam mood segar dan cool.

#10 RALPH LAUREN POLO RED

Kredit: Polo
  • Minyak wangi ini sesuai digunakan pada waktu malam atau ketika suasana sejuk.
  • Ia mampu menyerlahkan gaya maskulin lelaki dengan bauan pedas daripada kulit kayu manis dan digabungkan dengan campuran daripada red grapefruit, cranberry, lemon, red sage, lavender, red wood dan coffe beans.

Haa… macam mana dengan senarai yang kami dah pendekkan ini? Harap ia dapat membantu korang semua dalam membuat pilihan minyak wangi. Selamat mencuba!

Recent Posts

  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

2 mins ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

14 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

22 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago