
Ini 10 Jenis Perfume Dengan Aroma Unik & Mampu Bertahan Lama Yang Lelaki Patut Cuba
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Minyak wangi merupakan salah satu di antara aksesori terpenting bagi setiap manusia. Malah golongan lelaki yang kerap mengabaikan penjagaan kulit turut menjadikan minyak wangi sebagai salah satu aksesori must-have di dalam wardrobe mereka.
Tapi bila berbicara tentang minyak wangi atau perfume ini, rata-rata kaum lelaki pasti bersetuju yang minyak wangi sebenarnya susah untuk dipilih.
Jadi, jangan risau, dibawah kami senaraikan beberapa jenis minyak wangi yang pasti akan buat korang terpikat selain baunya yang bertahan lama.
Jom lihat senarai di bawah !
#1 BLEU DE CHANEL

- Minyak wangi jenama Chanel ini merupakan salah satu favourite bagi kamu lelaki yang sukakan bauan maskulin dan segar.
- Paduan pelbagai jenis citrus dengan aroma rempah-ratus dan nuansa kayu-kayuan yang menjadi base notes untuk minyak wangi ini menjadi pilihan ramai.
#2 ETERNITY FOR MEN

- Gabungan maskulin rempah sage pastinya menjadi pemikat untuk lelaki yang gemarkan minyak wangi ini.
- Ia sangat sesuai buat anda yang meminati nuansa bunga yang menyejukkan kerana minyak wangi ini mengandungi campuran bauan daripada bunga lili, geranium, melati dan orang blossom.
#3 ACQUA DI GIO GIORGIA ARMANI

- Minyak wangi ini mempunyai bauan akuatik, kayu-kayuan dan aromatik.
- Ia menggabungkan aroma rempah-ratus dan citrus yang disertakan dengan bauan halus geranium, sage, rosemaru dan patchouli.
- Bauan itu bagaikan membawa korang menjelajah ke Laut Mediterranean.
- Semburan wangian ini mampun menampilkan gaya maskulin seorang lelaki.
#4 PACO RABANNE 1 MILLION INTENSE

- Minyak wangi ini memiliki paduan aroma pedas dan kayu-kayuan yang oriental.
- Bagi yang pertama kali bau minyak wangi ini akan bau aroma segar daripada blood mandarine, kapulaga, lada hitam dan kunyit pada awalnya.
- Tapi lama-kelamaan, aroman itu akan berubah menjadi bauan mawar, neroli dan kayu manis yang akan membentuk bau yang berbeza.
- Selebihnya akan bau seperti aroma leather, orris akar dan kayu cendana apabila sering memakainya.
#5 BVLGARI MAN

- Minyak wangi ini menghasilkan bau yang maskulin sekaligus membuatkan si pemakai kelihatan macho dan gentleman.
- Ia memiliki unsur ozonic dan tonka bean yang mampu menciptakan kesan memikat dengan gabungan campuran buah-buahan yang segar daripada jeruk bergamot dan pir.
#6 AIGNER BLACK

- Minyak wangi ini memiliki bauan yang menyegarkan dan menyenangkan biar pun terdapat bauan lain yang lebih ‘jantan’ dan maskulin.
- Ia juga mengandungi campuran aroma orange yang membuatkan wangian ini sesuai menjadi pilihan utama untuk lelaki yang ingin menyerlahkan karakter yang kuat.
#7 CK ONE BY CALVIN KLEIN

- Minyak wangi ini sesuai dipakai tidak kira jantina kerana ianya memiliki daya tarikan yang tersendiri.
- Dengan menggunakan kombinasi bauan lemon, citrus, nenas, melati, mawar dan teh hijau ini akan membuatkan si pemakai dalam mood yang segar dan elegan.
#8 YSL LA NUIT L HOMME

- Minyak wangi ini menghasilkan aroma maskulin yang tegas, moden, sensual, mewah dan elegan.
- Ia juga hadir dengan top notes bauan buah pelaga, bertukar pada middle notes aroma herba citrus, kayu cedar dan lavendar serta base note dengan aroma vetiver yang sangat lasting.
#9 VERSACE EAU FRAICHE

- Minyak wangi ini menggabungkan bauan daripada bergamot, lemon, Brazillian rosewood dan cardamom yang dipadukan dengan aroma tarragon, sage, cedar, pepper yang akan meninggalkan jejak bauan yang begitu nyaman.
- Ia sesuai untuk lelaki yang ingin tampil dalam mood segar dan cool.
#10 RALPH LAUREN POLO RED

- Minyak wangi ini sesuai digunakan pada waktu malam atau ketika suasana sejuk.
- Ia mampu menyerlahkan gaya maskulin lelaki dengan bauan pedas daripada kulit kayu manis dan digabungkan dengan campuran daripada red grapefruit, cranberry, lemon, red sage, lavender, red wood dan coffe beans.
Haa… macam mana dengan senarai yang kami dah pendekkan ini? Harap ia dapat membantu korang semua dalam membuat pilihan minyak wangi. Selamat mencuba!