11 Cara Penjagaan Baju Yang Betul, Barulah Pakaian Tahan Lebih Lama!

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Bagi mereka yang sering membeli pakaian berjenama mesti risau kan seandainya baju korang tidak tahan lama? Apatah lagi jika selalu dicuci, adakah ianya akan merosakkan kain baju tersebut?

Haa.. Dari korang susah hati fikirkan soal itu, lebih baik korang cuba tips yang kami kongsikan ini kalau mahu baju kesayangan korang tahan lebih lama!

#1 JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA

Kredit: iidyanie.com
  • Cukup sekadar direndam selama 30 minit dan bukannya 2 atau 3 hari.
  • Sesetengah sabun mencuci pakaian mengandungi bahan yang boleh merosakkan pakaian dan akan membuatkannya tidak tahan lama.

#2 ASINGKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA DAN JENIS / MATERIAL

Kredit: Explo Rasa-Cari
  • Pisahkan pakaian berwarna dengan pakaian putih kerana berkemungkinan untuk warna dari blouse merah korang boleh luntur dan melekat pada kemeja putih korang.
  • Pisahkan juga cucian korang mengikut material kerana terdapat fabrik yang sensitif dan perlu pemerhatian teliti.

#3 JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT

Kredit: Littlebrickranch
  • Fabrik pakaian akan rosak sekiranya diberus dengan terlalu kuat. Contohnya, tudung atau selendang tidak perlu di berus, sebaliknya cukup sekadar digosok menggunakan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut daripada pakaian lain.

#4 JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA

Kredit: Liputan6.com
  • Terus jemurkan cucian yang telah siap dibasuh dan dibilas dengan kadar segera.
  • Jangan tangguh kerana jika dibiarkan tidak bersidai, pakaian yang basah akan bertahi lalat dan berbau busuk.

#5 JANGAN PERAH PAKAIAN TERLALU KUAT

  • Memerah pakaian terlalu kuat akan membuatkan pakaian itu cepat rosak ataupun koyak.
  • Pakaian dalam pula tidak perlu diperah, cuma cukup sekadar dipicit-picit atau ditekan supaya airnya kering.

#6 TERBALIKKAN PAKAIAN KETIKA DIJEMUR

Kredit: Diadona.id
  • Sinar matahari dapat mengakibatkan warna pakaian menjadi pudar dan lusuh.
  • Oleh itu, terbalikkan pakaian terlebih dahulu sebelum dijemur supaya bahagian luarnya tidak terkena cahaya matahari secara langsung.

#7 ELAKKAN MENJEMUR PAKAIAN DENGAN PENYANGKUT BAJU

Kredit: Covesia
  • Ketika menjemur pakaian, elakkan menggunakan penyangkut baju.
  • Ianya kerana bagi mengelakkan bahagian leher baju menjadi besar dan mengelebeh kerana ketikan pakaian dalam keadaan basah, air akan menarik bahagian leher ke bawah hingga melebar.

#8 HINDARI PELUNTUR

Kredit: Beautyhtgetrid.com
  • Yang ini pasti sering digunakan oleh ramai orang jika bajunya mengalami tompok kan?
  • Jika boleh, elakkan atau kurangkan penggunaan bahan peluntur pada pakaian kerana peluntur seperti clorox mempunyai kandungan kimia yang sangat kuat.
  • Ia akan menjadikan pakaian tersebut mudah reput dan tidak tahan lama.

#9 HINDARI MENCUCI PAKAIAN DENGAN MESIN BASUH

Kredit: TCER.MY
  • Jenis kain yang berfabrik lembut serta mempunyai manik, labuci dan sebagainya, sebaik-baiknya dicuci dengan menggunakan tangan bagi mengelakkan baju kesayangan menjadi rosak.

#10 SETERIKA

Kredit: Keluarga
  • Pakaian akan sentiasa kelihatan baru sekiranya digosok terus selepas dicuci dan dijemur.
  • Pastikan juga pakaian tersebut diseterika semasa keadaannya betul-betul kering.

#11 JANGAN PAKAI SELAIN PAKAIAN TIDUR SEMASA TIDUR

Kredit: Maskulin
  • Bagi yang memang menjaga pakaian, seelok-eloknya pakai baju tidur sewaktu tidur bagi mengelakkan peluh yang keluar ketika tidur melekat pada pakaian dan membuatkannya cepat kotor dan comot terutamanya di bahagian leher.

Ini antara tips yang dapat kami kongsikan kepada anda semua. Harap ia dapat membantu korang supaya pakaian korang dapat tahan lebih lama. Semoga bermanfaat!

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

16 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

17 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

18 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

21 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

21 hours ago