Jangan Panik, Ini Tips Yang Perlu Korang Tahu Jika Tayar Pecah

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Bagi sesetengah individu pasti berasa cemas seandainya tayar kenderaan mereka tiba-tiba pecah ketika memandu. Hal ini boleh meragut nyawa seseorang dalam kemalangan tersebut, selain mengalami kecederaan parah.

Antara punca penyebab tayar kenderaan kita boleh pecah ialah disebabkan oleh faktor usia tayar, kandungan tekanan angin yang tidak tepat dan juga faktor luaran seperti paku atau objek tajam di atas jalan atau lebuh raya.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Barum tyres

Namun, jika situasi ini berlaku kepada anda, perkara pertama yang perlu anda buat ialah jangan panik.

Ini senarai yang anda perlu lakukan sekiranya situasi ini berlaku kepada anda semua. Tapi perkara yang paling penting yang anda perlu buat ialah jangan mudah panik.

#1 JANGAN TERUS TEKAN BREK PEDAL

  • Kebanyakan orang cenderung untuk menekan brek kecemasan sepenuhnya ketika panik.
  • Brek kecemasan adalah perkara yang paling teruk anda lakukan dalam kejadian sebegini kerana ini akan menganggu arah kenderaan dan menjadikannya berada di luar kawalan.
  • Anda boleh menggunakan brek enjin dengan menurunkan gear kepada yang lebih rendah.
  • Tekan brek kaki secara ringan apabila kenderaan anda telah perlahan.

#2 TENANGKAN DIRI DAN KEKALKAN PEDAL MINYAK

  • Jangan terus angkat kaki dari pedal minyak secara tiba-tiba.
  • Tenangkan diri dan kekalkan pedal minyak untuk seketika sebelum melepaskan ia secara perlahan-lahan.
  • Pergerakan kenderaan akan segera perlahan dan berhenti dengan lebih cepat selepas tayar meletup.
  • Jika anda dalam kawalan pelayaran (auto-cruise), pastikan anda memadamkan fungsi ini.

#3 PASTIKAN ARAH KENDERAAN LURUS DAN JANGAN MEMBELOKKAN STERENG

  • Situasi ini akan menyebabkan kenderaan anda terasa ditarik ke arah tayar yang pecah.
  • Cuba untuk memastikan arah kenderaan anda lurus.
  • Membelokkan stereng dengan banyak semasa kenderaan masih laju dan tayar pecah akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

#4 HIDUPKAN LAMPU KECEMASAN

  • Hidupkan lampu kecemasan untuk memberikan amaran kepada kenderaan sekeliling.
  • Program kawalan kestabilan kenderaan (contohnya ESP) dalam sistem sesebuah kenderaan juga adalah penyelamat dalam keadaan tayar yang pecah.
  • Pertimbangkan ciri-ciri ini apabila merancang untuk membeli kereta anda yang seterusnya demi ciri keselamatan.

TIPS TAMBAHAN JIKA TAYAR PANCIT ATAU TERKENA PAKU

Foto sekadar hiasan. Kredit: WapCar

Tips ini sangat berguna dan membantu anda sekiranya situasi ini berlaku ketika memandu

Langkah pertama:

  • Simpan nombor-nombor penting seperti polis, bengkel atau mekanik, kawan-kawan, saudara mara dan juga ambulance.
  • Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.

Langkah kedua:

  • Siapkan peralatan yang diperlukan seperti spanar, jet kereta.
  • Pastikan tayar gantian anda ada didalam keadaan yang sempurna iaitu tidak pancit.

Langkah ketiga:

  • Sentiasa buat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda.
  • Jika ia bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan yang baru.
  • Yang amat penting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan.

Haa.. Ini tips yang boleh kami kongsikan kepada anda sekiranya anda menghadapi situasi begini. Ingat keselamatan anda adalah yang paling penting. Semoga bermanfaat!

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 hour ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 hour ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 hour ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

3 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

4 hours ago