10 Remaja Di Tahan Kerana Buat Private Party Masa PKP

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Bagi mencegah rantaian Covid-19 dari terus merebak, pihak kerajaan telah pun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dilakukan di seluruh negeri Pahang, Kedah dan juga kelantan.

Oleh itu, segala aktiviti yang melibatkan orang ramai berkumpul tidak dibenarkan untuk diadakan sepanjang tempoh PKPB terlaksana.

Namun, lain pula ceritanya apabila baru-baru ini seramai 10 orang ramaja ditahan di sebuah apartment yang terletak di Teluk Kemang, Port Dickson, semalam gara-gara melanggar peraturan berkenaan.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Astro Awani

Mereka juga dikatakan terlibat dalam aktiviti parti liar dan juga penyalahgunaan dadah ketika serbuan dilakukan oleh pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menyerbu sebuah bilik di apartment berkenaan itu berjaya menahan 10 remaja pada pukul 9 pagi. Mereka yang terdiri daripada 6 lelaki dan 4 perempuan itu disyaki memiliki cecair yang dipercayai dadah berbahaya.

“Kesemua remaja berusia antara 15 tahun hingga 17 tahun itu ditahan kerana disyaki memiliki cecair dipercayai dadah berbahaya.

“Selain itu, remaja yang berasal dari Selangor iaitu Kajang, Bangi dan Sepang itu turut dikompaun setiap seorang kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard PKP,” katanya.

Menurutnya, kesemua remaja berkenaan yang masih dibawah umur itu dikompaun dek tidak mengamalkan norma baharu dengan berkumpul dalam ‘Private Party’ yang mana sukar untuk mengawal perilaku mereka.

“Mereka juga mungkin menjadi kontak rapat kerana berada dalam tempat sama untuk jangka masa panjang.

Kredit: Kosmo

“Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas rokok elektronik (port vape) dan botol berwarna hitam masing-masing disyaki mengandungi cecair dipercayai dadah berbahaya seberat 0.1gram,” ujarnya lagi.

Namun, jelasnya lagi hasil ujian air kencing mendapati kesemua remaja negatif dadah, malah mereka juga tiada sebarang rekod jenayah lampau.

Namun, sebaliknya beliau menjelaskan bahawa hasil pemeriksaan air kencing yang dijalankan menunjukkan kesemua remaja yang ditahan itu negatif dadah, malah mereka juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago