Wanita Kongsi Cara Dapat Duit Dengan Jual Baju Terpakai Di Bundle

Pernahkah anda berdepan dengan satu situasi di mana anda rasa nak buang pakaian yang sudah memenuhi ruang di dalam almari anda?

Jangan buang! sebenarnya ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk uruskan pakaian terpakai ini, dan anda juga boleh menjual semula baju terpakai anda.

Seperti yang dilakukan oleh seorang wanita ini yang menjual semula pakaian terpakainya di sebuah kedai bundle.

Kumpul duit untuk ke konsert Justin Bieber

Menerusi video yang dikongsikan Bidayah di akaun TikTok miliknya, dia menjual baju terpakainya di kedai 2nd Street Bundle untuk mengumpul duit ke konsert Justin Bieber.

Menurut gadis berumur 27 tahun itu, dia menyedari yang bundle itu ada menawarkan servis berkenaan selepas terlihat satu notis iklan sewaktu berkunjung ke sana.

Menerusi notis tersebut, pelanggan boleh menjual baju terpakai mereka di kedai itu.

“Ada satu hari tu saya pergi cuci mata, kemudian dekat hujung kaunter ada (iklan) beritahu boleh jual baju kat situ juga.

“Selepas itu saya pun cuba hantar dua beg plastik beg hitam yang tong sampah punya tu,” katanya kepada BuzzKini.

Tambah peminat barangan bundle itu lagi, setakat ini hanya kedai ini sahaja yang diketahuinya ada menawarkan servis untuk membeli semula pakaian terpakai daripada pelanggan.

Walau bagaimanpun, Bidayah turut memaklumkan terdapat beberapa jenis pakaian yang tidak diterima oleh bundle berkenaan seperti baju kurung, pakaian dalam, baju kanak-kanak serta sebarang baju yang mempunyai bentuk atau logo keagamaan.

Oleh itu, jika anda berminat untuk menjual pakaian terpakai anda ini adalah cara-cara yang boleh anda lakukan.

#1 Kumpul baju

Kumpulkan pakaian terpakai yang sudah tidak diperlukan lagi dan letak di dalam satu bekas atau plastik.

#2 Letak baju di kaunter kedai

Apabila sampai sahaja di hadapan kaunter anda akan dilayan oleh staf di bundle berkenaan. Kemudian anda juga diminta untuk mengisi borang dengan lengkap dan akan diterangkan secara ringkas mengenai beberapa maklumat.

#3 Proses penapisan pakaian

Selepas anda selesai di langkah kedua, anda akan diminta untuk menunggu sementara para pekerja akan menjalankan tugas mereka untuk membuat penapisan baju yang anda hantar.

Jadi sementara menuggu bolehlah anda ambil kesempatan ini untuk mencuci mata pakaian dalam bundle tersebut.

#4 Tunggu sehingga dipanggil

Apabila sudah selesai proses penapisan, anda akan dipanggil dan staf akan memberitahu anda harga yang akan dibayar untuk pakaian yang mereka pilih.

Sekiranya anda bersetuju dengan harga yang diberikan, maka pihak bundle akan memberikan wang anda secara tunai.

Mudah bukan? Anda bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah pakaian penuh di dalam almari tetapi anda juga dapat menjana sedikit pendapatan dari hasil jualan pakaian terpakai.

Bagi yang berminat untuk menjual pakaian terpakai anda, anda boleh ke 2nd Street Bundle di cawangan TTDI dan juga Bangsar atau lihat di laman Instagram mereka:

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

2 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

2 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

2 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

3 hours ago