Setiap wanita pasti mahu sentiasa kelihatan cantik. Bukan sahaja dari segi bentuk badan, tetapi wajah yang cantik juga memainkan peranan kepada keyakinan seseorang wanita.
Kulit wajah yang cantik pasti akan bertambah serinya jika diberikan dengan sedikit solekan yang dapat menyerlahkan lagi kecantikan.
Namun, tidak semua wanita mahir untuk bersolek. Ada juga yang baru hendak menjinakkan diri dan ada juga yang merasakan mereka perlu untuk mempunyai alat solek yang banyak untuk bermekap.
Jangan bimbang kami di sini akan bantu anda untuk senaraikan beberapa barang yang diperlukan sebagai seorang yang baru nak belajar bersolek.
Foundation merupakan perkara yang paling asas yang diperlukan bagi setiap wanita yang hendak bersolek dan yang paling penting adalah pemilihan tona foundation yang bersesuaian dengan kulit anda.
Jika anda tidak mahu wajah anda kelihatan kelabu atau terlalu pucat ketika memakai foundation, anda dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memilih tona foundation.
Ini kerana pemilihan yang salah akan membuatkan perubahan yang ketara pada wajah anda. Oleh itu, anda boleh mencuba tester atau gambar yang diberikan untuk membuat perbandingan tona yang mana yang bersesuaian dengan kulit wajah anda.
Compact powder dan loose powder adalah sejenis bedak asas yang digunakan untuk mencantikan lagi tekstur foundation yang telah diletakkan di atas wajah.
Bedak asas ini memberi impak kepada kulit untuk kelihatan lebih smooth dan muka tidak kelihatan berminyak-minyak.
Ini kerana bedak asas ini berfungsi untuk menyerap lebihan minyak yang ada pada kulit wajah anda.
Anda boleh memakai bedak asas ini dengan menggunakan span puff yang lembut dan kemudian di โdap dapโ dengan lembut di wajah atau anda juga boleh menggunakan berus untuk hasil yang lebih semula jadi.
Setiap wanita mempunyai jenis bulu mata yang berbeza-beza, ada yang mempunyai bulu mata yang pendek dan ada juga yang mempunyai bulu mata yang panjang.
Penggunaan maskara adalah bertujuan untuk memberi impak lentik pada bulu mata dan juga untuk mata kelihatan lebih lebat dan wow!
Anda juga perlu memilih berus maskara yang bersesuaian dengan kemahuan anda, kerana setiap bulu yang berbeza mempunyai fungsi yang berbeza sebagai contoh bulu maskara yang lebat berfungsi untuk memberi impak bulu mata lebih lebat dan panjang.
Betul ke untuk kelihatan cantik anda perlu ada pelbagai jenis warna untuk pembayang mata?
Sebenarnya tidak perlu, jika anda baru sahaja hendak mula belajar bersolek adalah lebih baik anda cuma membeli warna yang natural sahaja sebagai contoh warna coklat.
Pemilihan warna coklat adalah warna yang semula jadi dan kebiasaanya ia sesuai digunakan untuk apa jua keadaan mahupun majlis.
Pentingkah gincu? Ya! gincu adalah alat solek paling penting tanpa gincu bibir anda yang mungil pasti akan kelihatan pucat.
Selain itu, gincu juga memainkan peranan untuk memberi seri kepada solekan di wajah anda.
Oleh itu, anda perlu memilih warna yang bersesuaian dengan solekan yang anda mahukan. Jika tidak tahu untuk memilih warna apa, anda boleh memilih warna yang tidak terlalu garang dan membuatkan wajah anda lebih manis.
Namun, jika anda seorang yang berani dan sukakan kelainan ianya tidak menjadi satu masalah untuk anda menggunakan warna gincu yang lebih vibrant kerana ia juga akan membuatkan diri anda lebih confident dan gah.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan gincu sebagai pemerah pipi dengan cara hanya dotkan beberapa titik ke pipi dan sapu dengan lembut dan anda dah dapat pemerah pipi yang cantik dan kelihatan natural.
Haaa, mudah sahajakan barangan yang diperlukan untuk bersolek?
Barangan ini juga boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual alat solek malah anda juga boleh mendapatkannya di beberapa kedai farmasi yang turut menjual barangan alat solek.
Kredit gambar: Pexel
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…