6 Tips Elakkan Mulut Dari Berbau Semasa Berpuasa

Tidak dapat dinafikan, banyak kajian tentang faedah-faedah berpuasa yang telah dikemukakan.

Namun begitu, masalah yang sering dihadapi semasa menjalani ibadah puasa ialah masalah mulut yang berbau. Ini menyebabkan segelintir dari kita hilang keyakinan apabila perlu berinteraksi dengan orang lain.

Kenapa ini terjadi?

Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan mulut yang kering selain kekurangan air liur yang bertindak meneuteral asid di dalam mulut. Ia juga berlaku disebabkan kewujudan bakteria hidup ekoran lebihan makanan yang tidak dibersihkan di antara celah gigi.

Namum usah bimbang, ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk menghilangkan bau mulut ketika berpuasa seperti dikongsi oleh pakar perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan;

#1 Minum air secukupnya

Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Justeru cara terbaik adalah dengan memimum air kosong secukupnya semasa bersahur.

Ini bagi memastikan bada kita sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.

#2 Jauhi kopi dan teh semasa bersahur

Tidak dapat disangkal, kopi atau teh sememangnya minuman kegemaran ramai dari kita. Namun ia adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Dengan meminum teh ataupun kopi, kita akan hilang banyak air melalui air kencing.

Ia boleh menyebabkan dehidrasi, sekaligus menyumbang kepada mulut berbau.

#3 Kurangkan bercakap

Terlalu banyak bercakap boleh membuatkan kelembapan mulut berkurangan dan menjadi tersejat. Selain itu bernafas melalui mulut lebih membuatkan mulut menjadi lebih kering hingga menjadikan nafas berbau.

#4 Ambil karbo secukupnya

Foto : Resepi Che Nom

Segelintir dari kita pasti akan cuba mengurangkan berat badan secara intensif di bulan Ramadan dengan mengelak dari mengambil karbohidrat serta gula. Keadaan ini sebenarnya memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis dan menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Sebaiknya ambillah juga karbohidrat walaupun sediikit.

#5 Gosok gigi dan bersihkan lidah

Seperti yang kami maklumkan di atas, salah satu penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Jadi, pastikan gigi anda bersih, gosok gigi sebelum tidur dan 30 minit selepas sahur.

Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan berus gigi. Selain itu anda juga boleh berkumur dengan larutan pembersih mulut.

#6 Pastikan tiada masalah mulut dan hidung

Foto : Anna Shvets

Jika semua langkah di atas telah anda lakukan tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada rongga hidung, sinus, gigi, lidah, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Jadi, jumpalah doktor untuk pemeriksaan.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

9 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

11 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

11 hours ago