8 Nasihat Datuk Dr Fadzilah Kamsah Untuk Yang Baru Nak Bercinta

Lumrah setiap manusia pasti ingin diri disayangi dan berkasih sayang antara satu sama lain. Namun, mencari pasangan yang ideal serta serasi dengan anda bukanlah sesuatu yang mudah.

Terutama bagi yang baru mula bercinta, pasti sedang enak dilamun cinta dan semuanya dipandang indah tanpa ada cacat celanya.

Peka dengan perkara itu, seorang pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah telah berkongsi beberapa nasihat di Twitter untuk pasangan yang baru atau sedang mencari cinta.

#1 Jangan bazirkan masa untuk hubungan yang penuh dengan sifat cemburu dan berpasangan yang kuat mengokong.

Foto: Pexels

Perkara seperti cemburu dan kuat mengongkong ni memang sesuatu yang tidak sihat dalam perhubungan. Bukanlah ia tidak boleh langsung tetapi jika ia hingga membuatkan anda rasa tidak selasa si dia mungkin bukan pasangan yang sesuai untuk anda.

Malah anda juga pasti mahukan seorang pasangan percaya dengan anda dan tidak sentiasa berasa curiga dengan setiap tindak tanduk anda.

#2 Jika kamu diabaikan, hormati keputusannya dan pergilah dari hidupnya

Putus cinta, perpisahan, atau ditinggalkan memang suatu perkara yang sakit untuk dilalui. Tapi percayalah bahawa ada hikmah bagi setiap yang berlaku.

Anda pasti akan belajar sesuatu dari hubungan yang lepas dan perkara itu akan membuatkan anda tidak mahu mengulanginya pada hubungan yang akan datang.

#3 Anda tidak akan ada hubungan yang sihat jika berpasangan dengan si toksik

Foto: Freepik

Fikiran negatif pasangan yang toksik akan secara perlahan-lahan memakan anda. Oleh itu, jika jumpa pasangan jenis begini cepat-cepat angkat kaki agar tidak menyesal di kemudian hari.

#4 Berhenti mencari yang terbaik

Foto: Pexels

Setiap dari kita pasti mengimpikan untuk mempunyai ciri lelaki atau perempuan idaman. Tetapi dari fokus mencari yang terbaik adalah lebih baik untuk anda berubah jadi terbaik.

Ini kerana, lelaki terbaik hanya untuk perempuan terbaik dan begitu juga sebaliknya.

#5 Jika seseorang suka pada kamu, kamu sendiri akan tahu

Foto: Pexels

Gerak hati anda akan tahu lenggok cara seseorang yang meminati anda. Namun jika dia tidak suka pada anda, dan anda menjadi keliru serta was-was.

Itu bermaksud hati anda sudah tidak tetap, jadi elak dari bertepuk sebelah tangan.

#6 Jika menjaga dan mempertahan diri sendiri buat pasangan kecewa atau ‘down’, maka biarkan dia ‘down’.

Foto: Pexels

Ini kerana orang begini kebiasaanya tidak faham akan hak orang lain.

#7 Perlu lebih sayangkan diri sendiri

Foto: Pexels

Dalam bercinta, perasaan menyayangi diri sendiri hendaklah lebih kuat berbanding rasa cinta pasangan terhadap diri anda.

Kerana cintanya boleh pudar, tetapi cinta kepada diri sendiri tetap kuat dan utuh.

#8 Perlu hati-hati

Foto: Pexels

Orang yang masuk ke dalam hidup anda adalah umpama ‘virus’ yang mudah merebak. Dia akan hadir dengan cepat serta meninggalkan kesan yang mendalam sepanjang kehidupan kita.

Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dalam bercinta.

Walau bagaimana asyik pun kita dalam bercinta hendaklah kita sentiasa berpada-pada agar tidak terlalu kecewa di kemudian hari. Semoga setiap nasihat ini memberi manfaat kepada anda yang sedang, mahu atau sudah lama menyulam cinta.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

19 mins ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

2 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

16 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

24 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago