Pakar Dedah Pekerja Perlu Ambil Cuti Sekurang-Kurangnya 3 Hari Bantu Tangani ‘Stress’ Kerja [Video]

Semua orang dewasa perlu bekerja. Ini kerana ia merupakan salah satu cara untuk menjana seterusnya meneruskan kehidupan.

Tidak dinafikan dalam bidang pekerjaan kita juga berhadapan dengan pelbagai cabaran yang adakalanya membuatkan kita rasa tertekan ketika di tempat kerja.

Tekanan ini tidaklah semestinya datang dari tugasan sahaja, malah ia juga boleh terjadi atas beberapa perkara seperti persekitaran yang tidak sihat, mental terlalu penat serta banyak lagi.

Apabila sudah tertekan pasti anda akan rasa semuanya seperti tidak menentu, kurang motivasi untuk bekerja dan tidak berminat untuk meneruskan kerja dengan baik.

Salah satu cara untuk menangani masalah tekanan atau ‘stress’ kerja ini adalah dengan mengambil cuti untuk merehatkan diri.

Namun, tahukah anda yang sebenarnya anda dinasihatkan untuk mengambil cuti sekurang-kurangnya tiga hari untuk mengurangkan tekanan tersebut?

Cuti tiga hari bantu kurangkan tekanan kerja

Baru-baru ini, Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah yang merupakan Profesor di Jabatan Psikologi dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berkongsi di TikTok miliknya berkenaan percutian selama tiga hari dapat membantu menangani tekanan kerja.

Menurutnya, sekiranya seseorang itu mengambil cuti selama sehari dan kemudian kembali bekerja, perkara itu tidak banyak membantu individu tersebut untuk melalui proses bertenang kerana saki baki tekanan itu masih ada di dalam diri.

Tenangkan diri, ambil cuti dan pergi melancong

“Dalam kitaran psikologi sekurang-kurangnya perlu cuti tiga hari baru kita rasa ‘release’, sebab itu minimum adalah tiga hari untuk ambil cuti.

“Tinggalkan pekerjaan, tutup telefon, ‘mute’ grup WhatsApp dan fokus kepada keluarga, diri sendiri dan menikmati.

“Pergi melancong dan lupakan semua tentang pekerjaan, pergi snorkeling, masuk ke hutan belantara dan apabila sudah habis barulah masuk semula ke bidang pekerjaan,” ulasnya di dalam video tersebut.

Sarankan untuk mempunyai “me time”

Malah, dia turut menyarankan mereka yang mengalami tekanan kerja untuk mencari masa bagi diri sendiri untuk bertenang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berkongsi luahan perasaan mereka yang adakalanya majikan seperti tidak memahami cuti yang diambil untuk proses bertenang.

Malah ada yang berkata baru sahaja cuti sehari sudah ada majikan yang tidak senang duduk dan mula menganggu pekerja.

Tetapi, ada juga yang berterima kasih dengan perkongsian Profesor ini kerana ia sedikit sebanyak membantu mereka dalam menangani masalah tekanan yang dihadapi.

“Masa cuti pun kena kacau, bila tak balas cakap tak alert”

“Saya ikut suami pergi bercuti, makan dan enjoy”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

8 mins ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

3 hours ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

3 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

4 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

4 hours ago