Wanita Kongsi Cara Gunakan Kredit Kad Dengan Betul Tanpa Dikenakan Caj, Siap Dapat Point! [Video]

Umum mengetahui, kad kredit merupakan suatu kemudahan pembayaran yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia, bahkan ia juga diguna pakai di serata dunia.

Untuk info, penggunaan kad kredit pada asanya adalah untuk memudahkan seseorang itu mendapatkan barangan yang diinginkan dengan cara berhutang terlebih dahulu.

Bagaimanapun, jika penggunaan kad kredit tidak diuruskan dengan sebaik mungkin, ia boleh membawa kepada kesan yang negatif.

Wanita kongsi cara guna kredit kad tanpa hutang

Susulan itu, seorang wanita berkongsi cara yang betul untuk menggunakan kad kredit tanpa harus berhutang.

Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun @irashahrullim, wanita itu berpesan agar rakyat Malaysia tidak seharusnya melibatkan diri dengan hutang kad kredit kerana ia akan membebankan.

@irashahrullim

Replying to @Positive mind Jgn sesekali hutang dgn credit card tp kaut keuntungan dr CC ok 😉 #shopping #free #creditcard #maybank #aroraskincare #fypシ

♬ original sound – irashahrullim ♥️ – irashahrullim ♥️

“Sebagai rakyat yang bijaksana tolong jangan libatkan diri anda dengan hutang kad kredit sebab dia sangat membebankan,” katanya.

Sebaliknya wanita itu berpesan agar orang ramai menggunakan kad kredit yang dimiliki mereka untuk mendapatkan keuntungan pada diri sendiri.

Barang yang ingin dibeli guna wang tunai, bayar dahulu guna kad kredit

Menurutnya, sekirannya anda ingin membeli sesuatu barang dengan menggunakan wang tunai, adalah lebih baik jika anda membelinya dengan menggunakan kad kredit dahulu dan membayarnya kembali dengan wang yang ada.

Ini kerana setiap pembelian yang dilakukan dengan menggunakan kad kredit akan mendapat point ganjaran yang boleh ditebus semula.

Meskipun cara tersebut tetap akan mengurangkan wang yang dimiliki, namun ia masih menguntungkan kerana dapat mengumpul point pembelian yang boleh digunakan kelak.

Syarat utamanya, pembelian menggunakan kad kredit tersebut sebaiknya dibayar semula dalam “tempoh percuma caj kewangan”, ini bagi mengelakkan pengguna daripada dikenakan caj tambahan.

Menurut CIMB, tempoh percuma caj kewangan adalah 20 hari kalender dari tarikh penyata jika anda membayar baki sepenuhnya dan tempat pada masanya.

Sebagai contoh, wanita ini membuat pembayaran semula pada hari yang sama dia melakukan transaksi.

Hanya bayar guna kredit kad untuk barang yang mampu dibeli

Justeru itu, wanita tersebut memaklumkan cara tersebut hanya digunakan buat barangan yang mampu dibeli dengan menggunakan wang tunai dan tidak disarankan pengguna untuk berbelanja diluar kemampuan.

“Bagus cara ni, tapi kena disiplin dan jujur pada diri” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan cara penggunaan kad kredit yang dikongsikan oleh wanita tersebut.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

8 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

10 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

10 hours ago