Anak Dikatakan Nakal Atau Degil? Ini 2 Cara Jika Berdepan Situasi Tersebut [Video]

Kanak-kanak yang berusia 1 hingga 10 tahun berada di dalam fasa yang aktif di mana ketika inilah mereka sedang meneroka dunia.

Malah anda juga akan melihat mereka lebih aktif apabila berjumpa dengan rakan atau kanak-kanak seusia dengannya.

Walau bagaimanapun, tingkah laku si kecil mungkin kurang disenangi oleh orang di sekeliling anda terutamanya jika anda beradaa di tempat awam atau sedang berkunjung di rumah saudara dan rakan sehingga ada mengatakan anak anda nakal, jahat atau degil.

Apabila berdepan dengan situasi ini, sebagai ibu bapa pasti anda akan bertindak sebaik sahaja mendapat respon yang sebegitu namun ada segelintir darinya seperti mengiyakan kata-kata yang diberikan kepada si kecil hanya kerana mahu menyedapkan hati tuan rumah itu.

Haa jangan begitu, tahukah anda bahawa perkataan tersebut merupakan sesuatu yang negatif buat si kecil dan sebagai ibu bapa kita mahukan mereka membesar dalam persekitaran yang baik dan positif agar ia membina semangat mereka.

Wanita kongsi 2 tips apa ibu bapa perlu lakukan jika terima respon negatif tentang anak

Oleh itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Nisa Nur Azmina yang sering berkongsi mengenai tips kanak-kanak di TikTok telah memberikan dua tips boleh dilakukan oleh ibu bapa jika menerima respon sebegini.

Jelasnya yang pertama sebagai ibu bapa kita tidak sepatutnya mengiyakan kata-kata tersebut sebagai contoh apabila terdapat individu menyatakan bahawa anak anda degil dan respon kita pula ya betul anak saya memang degil atau nakal.

“Jangan pernah sekali berkata begitu, kerana anak-anak ini dia percaya dengan apa yang ibu bapa mereka katakan. Jadi apabila dia dengar perkataan itu dari orang lain mereka okay lagi.

“Tetapi apabila dia dengar dari mula ibu bapa sendiri, mereka akan berasa jika mak ayah dah cakap begitu jadi mengapa tidak saya lakukan (menjadi nakal atau degil),” katanya.

Ibu bapa perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan kata-kata kepada anak

Untuk tips yang kedua pula, kata-kata yang keluar dari ibu bapa itu merupakan satu doa buat anak-anak.

Oleh itu, sebagai ibu bapa kita perlu untuk berhati-hati sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan. Cara yang perlu ibu bapa respon jika menerima kata-kata sebegitu adalah cuba tukar ia ke arah yang lebih positif.

Sebagai contoh jika mereka dikatakan nakal cuba jawab dengan menyatakan anak anda sememangnya aktif atau seseorang yang mempunyai sikap ‘Strong willed’ iaitu akan cuba sedaya upaya untuk peroleh apa yang diinginkan.

Perkara ini secara tidak langsung akan membantu anak untuk berusaha ke arah yang lebih positif dari sebaliknya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua sebagai ibu bapa untuk memberikan impak dan persekitaran yang positif kepada si kecil yang sedang membesar.

@nisanurazmina

Ramai tak korang jumpa yang “direct” macam ni? For me, yang duduk dengan atok, memang boleh kata selalu kena 🤣 sebab depa jenis no heart feeling ye. So kita yang kena tahu macam mana nam respon ye, supaya anak takda lah terasa dengan ibu ayah jugak. Semoga perkongsian bermanfaat 🌻 #bismillahjalanterus

♬ original sound – Nisa Nur Azmina – Nisa Nur Azmina

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

34 mins ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago