“Kata Nak Datang Beraya Dengan Keluarga”- Wanita Terkejut Teman Lelaki Merisik Di Hari Raya [Video]

Apabila tiba sahaja Hari Raya, ramai yang mengambil kesempatan perayaan ini untuk menziarahi sanak saudara, rakan dan jiran tetangga.

Malah ada juga yang mengambil kesempatan ini bukan hanya beraya tetapi merisik kekasih hati untuk membina satu ikatan yang suci.

Wanita tak sangka diri dilamar ketika teman lelaki datang beraya

Perkara sama turut dikongsikan oleh Nur Sarah Jasmine di TikTok yang memaparkan detik manis ketika dirinya disunting oleh keluarga teman lelakinya.

Menerusi video tersebut, kelihatan ibu kepada teman lelaki Jasmine menyatakan hasratnya berkunjung ke rumah ibu bapa wanita berkenaan untuk merisiknya.

Bapa Jasmine kemudian menunjukkan bekas cincin dan meminta anaknya membuat keputusan sama ada ingin menerima teman lelakinya atau tidak.

Keadaan itu turut membuatkan wanita berkenaan tersipu malu, malah ibu teman lelakinya sempat bergurau adakah dia ingin lelaki yang dikenali sebagai Amir Irfan untuk melamarnya dan ia disambut dengan gelak ketawa yang menyokong jika perkara itu dilakukan.

“Semua orang bukan main suka ya, ketar lutut dah masa ni. Terlampau surprise (terkejut),” kata Jasmine.

Teman lelaki siap melamar sebelum ibu sarungkan cincin di jari manis bakal isteri

Tidak lama kemudian Amir Irfan bertanya adakah Jasmine sudi menjadi suri hatinya dan wanita itu lalu menjawab ya sebagai tanda setuju dan ibu lelaki berkenaan menyarungkan cincin di jari manisnya.

@minefarouk

Kata nak datang beraya dengan family, tahu tahu lain jadinya. aduhai 🥹 I’ve always dreamed of someone making a personal proposal to me, just like in the movie. Berangan kan free haha. So 2nd day Raya, he came with his family and suddenly proposed me in front of OUR families. Never expected this to happen so fast. Rezeki. To YOU, thank you for keeping your promise. May Allah swt bless this journey for us, insyaAllah 💍♥️ #merisikday

♬ Cinta Terakhirku – Bagas Ran

Melihat di ruangan komen, ramai memuji bahawa acara merisik yang dilakukan oleh kedua keluarga itu sangat mudah dan simple.

Tidak kurang juga ada yang teruja apabila melihat wanita tersebut dilamar dan mengucapkan tahniah kepadanya.

“Mana nak cari mentua belah perempuan macam ni? Simple gila! Tahniah sis”

“Mentua dia best dan saya rasa nak jerit sama-sama bila dia kena lamar, mak aih jantung aku pun ‘dug dag’ kalau macam ni tiba-tiba”

“Mudahnya urusan awak, alhamdulillah tahniah”

“Kita pula yang blushing (tersipu malu)”

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

2 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

4 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

5 hours ago