Semalam (27 April), negara dikejutkan dengan laporan berita dua kanak-kanak meninggal dunia dipercayai kerana strok haba
Kedua-dua kejadian itu berlaku di Kelantan di mana ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang bayi berumur satu tahun tujuh bulan.
Kes pertama, arwah adik Muhammad Syamil Aqil menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.27 pagi.
Menurut ibu arwah iaitu Wanie, organ dalaman anak sulungnya itu seperti jantung, buah pinggangnya telah ‘hangus’ dan air di dalam badan serta darahnya sudah kering, lapor Harian Metro.
Hasil keputusan awal bedah siasat yang dilakukan mendapati kanak-kanak lelaki itu diserang strok haba dan juga dehidrasi.
Manakala kes kedua pula melibatkan seorang bayi perempuan di Kampung Kota, Kota Bharu iaitu Nur Imani. Dia disahkan meninggal dunia pada Selasa (24 April) lalu.
Menurut bapa, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir bayinya itu mengalami batuk sejak seminggu lepas sebelum muntah beberapa hari selepas itu.
“Punca kematian hasil ‘post-morterm’ adalah disebabkan strok haba. Air dalam badan semua kering, paru-paru sudah kecut semua,” ujarnya dipetik Astro Awani.
Strok haba merupakan satu situasi yang berlaku disebabkan keadaan cuaca di kawasan sekeliling yang panas. Keadaan ini boleh menyebabkan suhu badan seseorang individu meningkat hingga mencecah kepada 40°C atau lebih.
Ia merupakan sesuatu yang bahaya dan boleh meragut nyawa disebabkan dihidrasi kerana kekurangan air di dalam badan.
Menurut Hello Doktor, antara simptom strok haba adalah demam panas lebih dari 40°C, keadaan mental yang luar biasa seperti percakapan tak jelas, peluh berlebihan, kulit panas, kering dan radang, sakit kepala dan lain-lain.
Oleh itu, sebagai ibu bapa sudah tentu kita akan berasa bimbang dengan keadaan cuaca yang panas ketika ini disebabkan suhu yang tidak menentu. Di bawah adalah langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan:
Segera dapatkan nasihat perubatan sekiranya gejala berterusan dan semakin teruk.
Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…
Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…
Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…
Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.
Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…
Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…