Antara perkara yang unik di Malaysia ini selain dari segi budaya dan adat tradisinya adalah bahasa atau loghat yang digunakan di setiap negeri.
Malah loghat yang digunakan oleh seseorang itu menjadi identiti kepada individu berkenaan bagi mengambarkan asal usulnya secara tidak langsung.
Bukan itu sahaja loghat yang digunakan ini juga sukar untuk dilakukan jika anda tidak berasal dari kawasan tersebut.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @imhaze97 yang memaparkan gelagat pelanggan bersama pekerja sebuah makanan segera yang menggunakan loghat Negeri Sembilan apabila membuat pesanan.
Menerusi video berkenaan lelaki tersebut membuat pesanan di pandu lalu McDonald’s yang dipercayai di Seremban, Negeri Sembilan.
“Bagi sey (saya) burger ayam pedas satu set. Haa sobab eh nak makan podeh lah (nak makan pedas lah),” kata lelaki itu.
Namun apa yang menarik perhatian, apabila pekerja yang mengambil pesanan lelaki berkenaan turut membalasnya dengan menggunakan loghat yang sama hingga membuatkan individu berkenaan teruja mendengarnya.
Selepas membuat pesanan lelaki itu kemudian berjalan ke kaunter seterusnya untuk membuat pembayaran, sebaik sahaja sampai dia kemudian bertanya pekerja yang mana satukah yang bercakap dengan menggunakan loghat tersebut.
Wanita yang berada di kaunter itu kemudian tersenyum dan mengakui dia lah orangnya sambil mengulang semula berapa jumlah pesanan yang perlu dibayar.
“RM35 lah, keluar bahaso pokat eh (bercakap guna loghat nogori dengan lancar).”
Lelaki itu kemudian menghulurkan wang untuk membayar makanan yang dipesan sambil memohon maaf kerana menggunakan tangan kiri.
“Tangan kiri yo, maaflah nak rakam ha. Tak ponah sey order (pesanan) guna loghat Negeri Sembilan ni. Pes time (pertama kali),” kata lelaki itu.
Di kapsyen video tersebut lelaki itu berkata loghat itu akan keluar secara tersendirinya apabila berada di Negeri Sembilan.
“Memang auto keluar bahaso nogori ehh, montang-montang (mentang-mentang) baru balik kampung.”
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut dan ada juga menyatakan ia comel.
Malah ada juga yang meminta agar perkara itu dilakukan lelaki tersebut jika berkunjung ke cawangan daerah lain seperti Kuala Pilah atau Tampin di Negeri Sembilan.
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…