Umum pasti mengetahui sejak Mei lalu beberapa negeri mula mencatatkan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) antaranya Selangor, Sabah, dan Johor.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan bilangan kes seluruh negara juga melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19 (7- 13 Mei).
Keadaan ini pastinya sukar kerana anak kecil sememangnya suka memasukkan apa sahaja objek yang ditemui ke dalam mulut sekaligus merisikokan mereka untuk dijangkiti virus itu.
Difahamkan setakat ini terdapat 170 kluster yang menyebabkan ramai kanak-kanak menjadi sakit sehinggakan ibu bapa bergelut untuk menjaga anak-anak yang dijangkiti HFMD.
Dalam waktu yang sama mereka perlu menangani urusan kerja dan rumahtangga, selain terpaksa berhadapan dengan taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak yang perlu ditutup operasi bagi mengelakkan penularan virus menjadi lebih serius.
Meskipun penyakit ini sering berlaku, namun masih ramai pihak khususnya ibu bapa tidak begitu jelas mengenainya dan apa yang perlu mereka lakukan sekiranya berdepan jangkitan virus ini.
Sehubungan itu Ketua Jabatan Pediatrik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Dr Erwin Khoo tampil membentangkan tiga (3) fakta penting mengenai HFMD sekali berkongsi petua berguna untuk ibu bapa.
Menurut Erwin, gejala-gejala biasa HFMD termasuklah demam, luka di dalam mulut dan ruam. HFMD dan cacar air adalah contoh viral exanthem (ruam atau radang pada kulit yang disebabkan jangkitan virus).
Tidak seperti cacar air, ruam selalunya tidak timbul pada badan tetapi pada tangan dan kaki, dan ada masanya pada lutut, siku dan punggung.
“Penyebab HFMD adalah virus dan biasanya ia adalah virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71. Virus-virus ini boleh ditemui dalam saluran pernafasan dan najis, serta di dalam lepuh berair yang terbentuk pada tangan dan kaki. Virus tersebut kekal mudah berjangkit pada permukaan keras untuk beberapa hari. Tempoh eraman biasanya di antara 3 ke 7 hari dan boleh sehingga dua (2) minggu. Ini menjadikan HFMD mudah merebak di kalangan kontak rapat dan di dalam keadaan di mana barang mainan serta perkakas dikongsi, atau apabila kebersihan tangan tidak diamalkan dengan baik terutamanya ketika melakukan rutin menukar lampin kotor selepas kanak-kanak membuang air besar.”
Ketua Jabatan Pediatrik IMU, Dr Erwin Khoo
Ketika kebanyakan daripada kita menganggap HFMD sebagai penyakit zaman kanak-kanak, – kebanyakan kes jangkitan melibatkan kanak-kanak di bawah usia 6 tahun – hakikatnya, ia boleh menjangkiti orang dewasa juga.
Sesetengah orang berpendapat orang dewasa mendapat gejala yang lebih serius, tetapi kajian mendapati orang dewasa hanya mengalami gejala lebih ringan. Orang dewasa yang dijangkiti boleh menularkan virus kepada orang lain.
Sebagai contoh, mereka yang bekerja di pusat jagaan kanak-kanak yang ada kes HFMD, boleh membawa virus ke rumah di mana akhirnya menjangkiti pasangan, anak-anak dan ibu bapa yang sudah tua. Adalah tidak mustahil untuk mendapat HFMD lebih daripada sekali kerana strain yang berbeza, selain keimunan kepada enterovirus adalah bersifat sementara.
Harus diingatkan tiada cara untuk mencegah HFMD. Walaupun terdapat virus berbeza yang menyebabkan HFMD, tetapi tiada rawatan khusus atau ubat untuk mengurangkan gejala. Yang ada hanyalah kaedah melegakan simptom.
Beliau dalam masa sama turut memberi amaran mengenai beberapa remedi yang biasa dikongsikan, seperti mandi menggunakan larutan garam kasar atau berendam di dalam air berenzim yang tidak sesuai kerana ia boleh merengsakan kulit. Selain daripada itu, tiada bukti yang mengatakan cara-cara itu berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan yang lazimnya mengambil masa di antara 7 ke 10 hari.
Mempunyai pesakit HFMD di rumah bermakna ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan berwaspada tentang kepentingan menghadkan hubungan individu yang dijangkiti dan mengamalkan kebersihan tangan yang baik. Ia adalah sama seperti langkah pencegahan yang diamalkan ketika pandemik. Ibu bapa dan penjaga perlu membasuh tangan atau membasmi kuman dengan kerap, terutama selepas merawat anak yang menghidap HFMD.
Kawasan umum di dalam rumah perlu sentiasa dilap dengan pembasmi kuman, elakkan berkongsi makanan serta perkasas, dan tidak menyentuh mata atau hidung. Langkah-langkah ini perlu diteruskan sehingga 10 hari.
Tambah beliau lagi, kanak-kanak yang disahkan mendapat HFMD perlu duduk diam di rumah untuk mencegah penyebaran jangkitan kepada orang lain. Namun begitu, langkah ekstrem seperti mengasingkan kanak-kanak itu bersendirian di bilik adalah agak melampau dan tidak wajib kerana virus penyebab HFMD tidak merebak melalui udara seperti jangkitan saluran pernafasan yang lain.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu-bapa sekiranya anak dijangkiti virus HFMD adalah:
Dalam kebanyakan kes, pemulihan di rumah dengan rawatan atas kaunter adalah memadai untuk melegakan gejala seperti demam, ruam atau bintik-bintik merah pada tapak tangan atau kaki, dan ulser mulut.
“Biarpun bintik-bintik tersebut tidak gatal, ulser di dalam mulut boleh menyakitkan dan menghalang kanak-kanak daripada minum, makan dan menelan seperti biasa. Ini boleh membawa kepada penyahhidratan dan dalam kes-kes serius, memerlukan rawatan perubatan,” jelas Dr Erwin.
Sekiranya perkara ini berlaku, ibu bapa boleh melakukan perkara ini:
Kesimpulannya, walaupun situasi ini difahami sebagai sangat menggusarkan, Dr Erwin berkata adalah membantu sekiranya kita melihatnya pada sisi pandang yang berbeza. “Jika anda dapat mengatur supaya dapat mengambil cuti dengan surat rujukan doktor kepada majikan anda, duduklah di rumah dan habiskan masa bersama anak anda. Ada masanya kita tidak perasan betapa cepatnya anak kita membesar,” kata Dr Erwin.
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…