Ramai Selalu Buat, Ketahui 5 Makanan Yang Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Ais

Aktiviti memasak merupakan antara perkara wajib yang perlu dilakukan oleh segelintir individu.

Ini kerana, makanan yang dimasak sendiri mungkin lebih menepati cita rasa sendiri selain kebersihan dan kualiti yang terjamin.

Malah ada juga yang menjadikan proses seperti membeli barang, menyusun bahan makanan dan juga memasak ini sebagai satu terapi yang boleh membuatkan mereka gembira.

Bercerita tentang aktiviti memasak kami yakin semua tahu salah satu tempat menyimpan barangan memasak khususnya bahan mentah pastinya di dalam peti ais.

Namun tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa bahan makanan tidak boleh disimpan di sebarangan tempat terutama peti sejuk.

Ini kerana, cara penyimpanan yang tidak betul boleh membuatkan bahan makanan tersebut lebih cepat rosak atau busuk sebelum dapat digunakan.

Oleh itu, jom kami kongsikan agar anda tidak melakukan kesilapan yang sama.

#1 Bawang

Bawang besar mahupun putih merupakan bahan asas yang diperlukan dalam setiap masakan. Jadi kebiasaanya mereka yang memasak pasti akan membelinya dalam kuantiti yang banyak kerana ia kerap digunakan.

Oleh itu elakkan menyimpan bahan ini di dalam peti sejuk ini kerana ia akan menyebabkan bawang lebih cepat rosak.

Cara yang betul adalah dengan membiarkan bawang disimpan dalam suhu bilik kerana ia memerlukan pengudaraan yang baik.

Sekiranya anda seorang yang sibuk bekerja dan memilih untuk menyediakan bahan lebih awal bagi memudahkan proses memasak, bawang boleh disimpan di dalam peti sejuk bagi tempoh dua hingga tiga hari.

Malah bawang putih jika disimpan di luar pada suhu bilik mampu bertahan sehingga dua bulan.

#2 Tomato

Foto: Pexels

Kebiasaanya kita pasti akan menyimpan buah tomato di dalam peti ais kerana mahu ia bertahan lebih lama serta kekal segar.

Namun sebenarnya tomato yang disimpan di dalam peti ais boleh menjadikan ia hilang rasa serta tekstur. Justeru adalah lebih baik jika diletakkan pada suhu bilik.

Sekiranya buah tomato sudah terlalu masak, anda juga boleh meletakkan di bahagian peti sejuk beku agar ia lebih bertahan lama.

#3 Madu

Usah bazirkan ruang dalam peti sejuk anda kerana madu tidak sesuai untuk diletakkan di dalam peti sejuk kerana ia akan merubah teksturnya.

Oleh itu, hanya letakkan di bahagian luar pada suhu bilik dan pastikan ia ditutup dengan rapat agar tidak dimasukki bendasing seperti ulat dan sebagainya.

#4 Buah-buahan tropika

Foto: Pexels

Sekiranya anda peminat bua-buahan tropika seperti nenas, oren, mangga, kiwi dan sebagainya elakkan daripada menyimpan buah-buahan ini di dalam peti ais.

Ini kerana ia boleh menghilangkan nutrien yang ada di dalam buah-buahan tersebut sebaliknya ia memerlukan cahaya dan haba untuk matang.

Namun jika ia sudah terlalu masak dan boleh menyebabkan busuk jika disimpan lama di luar, anda boleh membekukan buah-buahan tersebut untuk tempoh jangka hayat yang lebih lama.

#5 Roti

Foto: Pexels

Segelintir daripada kita pasti pernah melihat ibu menyimpan roti di dalam peti ais namun tahukah anda ia boleh menyebabkan roti menjadi kering.

Perkara itu berlaku kerana berlaku proses retogradasi dimana kanji menjadi kristal serta mengeras.

Oleh itu untuk mendapatkan roti yang lebih tahan lama dan sedap untuk dimakan, simpan di tempat yang sejuk (bukan dalam peti sejuk) dan kering.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

9 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

10 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

10 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

11 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

12 hours ago