Rupanya Tak Boleh Letak iPhone Basah Dalam Beras, Ini Cara Betul Yang Apple Kongsikan

Tidak dinafikan, masalah telefon pintar rosak akibat terendam atau terkena percikan air yang banyak bukanlah sesuatu yang dapat dielak meskipun anda merupakan seorang yang sangat berhati-hati dalam menjaga barangan peribadi.

Meskipun kebanyakan ‘smartphone’ pada masa kini sudah dilengkapi dengan ‘ingress protection’ (IP), tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk peranti itu dimasuki air sehingga merosakkan komponen dalamnya.

Antara nasihat yang sering didengari bahkan dikongsikan di media sosial sekiranya telefon pintar rosak akibat dimasuki air adalah dengan masukkan peranti itu ke dalam bekas yang berisi beras dan biarkan ia untuk beberapa hari.

Cara itu dikatakan berkesan kerana fungsi butiran-butiran beras kononnya dapat menyerap air yang berada di dalam telefon.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Apple larang pengguna masukan iPhone ke dalam bekas berisi beras

Bagaimanapun, syarikat teknologi antarabangsa terkemuka, Apple melarang para penggunaanya untuk melakukan perkara itu kepada produk-produk keluarannya seperti iPhone, Apple Watch dan iPad.

Menurut laman web rasmi Apple Support, memasukan iPhone ke dalam beras boleh menyebabkan sebahagian zarah-zarah kecil yang terdapat pada makanan itu masuk ke dalam peranti sekali gus merosakkannya.

Jangan buat perkara ini sekiranya iPhone basah

Selain itu, Apple juga menasihati pengguna agar tidak mengeringkan iPhone yang sedang basah dengan sumber haba luaran seperti pengering rambut atau ‘compressed air’.

Tidak hanya itu, syarikat yang berasal daripada Amerika Syarikat (AS) itu juga melarang orang ramai memasukan benda asing seperti kapas atau tisu ke dalam lubang pengecasan untuk mengeringkannya.

Susulan itu, Apple berkongsi cara yang perlu dilakukan untuk mengeringkan iPhone yang berada dalam keadaan basah.

Berikut cara yang diajar oleh Apple

Apple menyarankan agar anda mengetuk secara lembut iPhone yang berada dalam keadaan basah dengan keadaan lubang pengecasan menghadap ke bawah. Biarkan juga peranti itu diletakan di kawasan kering yang mempunyai sistem pengudaraan.

Selepas 30 minit, cuba cas peranti itu dengan menggunakan kabel ‘Lightning’ atau USB-C atau sambungkan ia dengan aksesori lain.

Sekiranya anda masih melihat amaran kesan cecair, ia bermakna masih terdapat ‘liquid’ di dalam lubang penyambung atau di bawah pin kable anda.

Untuk situasi ini, tinggalkan telefon anda di tempat kering yang memiliki pengudaraan untuk jangka masa beberapa hari lagi. Setelah itu anda boleh cuba mengecas atau menyambungkan iPhone dengan apa-apa aksesori semula.

Hal ini kerana iPhone mungkin perlu mengambil masa lebih daripada 24 jam untuk ia kering sepenuhnya.

Jika telefon anda telah kering tetapi masih tidak boleh dicas, cabut kabel daripada adapter dan kemudian cabut pula adaptor dari soket (jika boleh) dan kemudian sambungkannya semula.

Apa nak buat sekiranya iPhone dan aksesorinya tak basah?

Sekiranya anda melihat amaran ‘liquid-detection’ setiap kali sambungkan ia dengan sebarang kabel, kabel atau aksesori yang disambungkan itu mungkin telah rosak.

Untuk situasi sebegini, sebaiknya anda menghubungi pihak syarikat pengeluaran aksesori atau kabel tersebut.

Sekiranya aksesori atau kable pengecasan itu adalah daripada syarikat Apple sendiri, maka hubungi Apple Support.

Gambar sekadar hiasan (Foto: BuzzKini)

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago