Ini 5 Tips Kurangkan Nafas Berbau Ketika Puasa

Kita kini berada dalam hari kedua bulan Ramadan yang baru sahaja bermula semalam. Rata-rata umat Islam sedang menunaikan ibadah berpuasa di bulan suci Ramadan yang merupakan rukun Islam ketiga.

Dalam menjalankan kewajipan itu, sesetengah orang mungkin mengalami masalah mulut berbau.

Perkara ini terjadi kerana sewaktu berpuasa badan mungkin mengalami dehidrasi dan mulut berada dalam keadaan yang kering.

Jadi, apakah yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan masalah ini? Boleh ke gosok gigi sewaktu berpuasa?

Mulut Kering Sebabkan Nafas Berbau

Berdasarkan satu artikel oleh Cosmopolitan, mulut kering merupakan salah satu faktor yang menyebabkan nafas berbau.

Menurut doktor gigi dan pakar bakteria, Dr Harold Katz, air liur penting kerana ia mengandungi anti-mikrob semula jadi yang melawan bakteria dalam mulut.

Apabila mulut kering dan tidak mempunyai air liur, bakteria akan membiak sekaligus menjadikan mulut berbau.

Mulut kering mungkin lebih teruk dalam kalangan individu yang telah berumur, merokok, mengambil kafein atau bercakap terlalu banyak.

Hello Doktor telah berkongsi lima tips yang boleh membantu anda mengelakkan masalah nafas berbau ketika sedang berpuasa.

#1 Berus Gigi Dengan Betul

Secara umumnya, gigi perlu diberus sekurang-kurangnya dua kali sehari, termasuk sebelum tidur.

Dalam membersihkan gigi, penting untuk menggunakan teknik yang betul dan berus yang bersesuaian agar dapat membersihkan gigi dengan secukupnya.

Ia penting bagi menyingkirkan sebarang sisa makanan yang melekat pada gigi dan boleh menyebabkan bakteria membiak, sekaligus menjadikan mulut berbau busuk.

Namun begitu jangan pula terus gosok gigi setelah bersahur atau berbuka, sebaliknya tunggu sekurang-kurangnya 30 minit dahulu agar gigi tidak mudah terhakis.

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini 3 Waktu Yang Perlu Anda Elak Untuk Gosok Gigi

Sumber: Pexels

#2 Flos Gigi & Guna Ubat Kumur

Mulut tidak dapat dibersihkan dengan sempurna dengan hanya memberus gigi kerana mungkin masih terdapat sisa makanan yang tersimpan pada lidah, celah gigi, gusi dan kerongkong.

Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celahan gigi terutamanya cebisan daging.

Mulut juga boleh dibilas menggunakan ubat kumur, tetapi jangan gunakan yang mengandungi kandungan alkohol tinggi kerana boleh menyebabkan mulut menjadi kering.

Jangan lupa untuk menggosok dan bersihkan lidah juga.

#3 Minum Air Kosong Pada Luar Waktu Puasa

Salah satu punca nafas berbau adalah kerana tubuh badan berada dalam keadaan dehidrasi. Oleh itu, pengambilan air kosong yang secukupnya pada luar waktu puasa adalah penting.

Namun begitu, jangan minum air kosong terlalu banyak pula ketika sahur kerana ia boleh menyebabkan air berlebihan dikeluarkan dan menjadikan anda cepat haus.

Dalam masa yang sama, kurangkan pengambilan makanan masin, minuman manis dan yang mengandungi kafein kerana ia boleh mengeringkan air liur, seterusnya menjadikan mulut lebih berbau.

Sumber: Unsplash

#4 Dapatkan Rawatan Gigi

Perkara yang sering dilepas pandang oleh orang ramai adalah mendapatkan rawatan gigi secara berkala. Lebih baik jika berjumpa doktor gigi sebelum bulan puasa bermula.

Ini adalah kerana dalam sesetengah keadaan, mulut seseorang mungkin menjadi berbau disebabkan oleh masalah kesihatan mulut yang memerlukan rawatan pakar.

Sumber: Pexels

#5 Ambil Lebih Banyak Produk Tenusu

Dengar macam pelik kan? Tapi produk tenusu seperti yogurt, keju dan susu sebenarnya elok untuk mengurangkan nafas berbau.

Selain mengandungi sumber kalsium tinggi yang bagus untuk kesihatan gigi, kandungan karbohidrat di dalamnya juga dapat meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi.

Kajian yang dijalankan mendapati produk tenusu, terutamanya yang mengandungi probiotik, berkesan dalam menghilangkan halitosis, iaitu masalah nafas berbau. Ia juga berkesan dalam mengurangkan atau merawat masalah mulut seperti karies, gingivitis dan periodontitis.

Malah, kajian lain membuktikan minuman atau makanan dengan kandungan air atau lemak tinggi, seperti susu, dapat mengurangkan bau busuk nafas setelah makan bawang putih.

Namun begitu, pastikan anda bersihkan mulut secukupnya setelah mengambil produk tenusu dan tidak mempunyai masalah intoleransi laktosa kerana ia boleh menyebabkan nafas berbau.

Sumber: Pexels

Hukum Memberus Dengan Ubat Gigi Ketika Puasa

Mungkin ada yang tertanya-tanya jika seorang Islam boleh memberus gigi menggunakan ubat gigi ketika berpuasa.

Menurut Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penggunaan ubat gigi tidak membatalkan puasa. Malah, perbuatan membersihkan gigi merupakan perkara sunah tidak kira bagi orang yang sedang berpuasa mahupun tidak.

Dalam masa yang sama, seseorang harus berhati-hati ketika memberus gigi agar tidak tertelan ubat gigi sehingga ke dalam rongga badan memandangkan perkara itu boleh membatalkan puasa. Sebaliknya, ludahkan ubat gigi dengan segera apabila merasakan ia mulai masuk ke dalam kerongkong.

Namun begitu, jika ada tertelan ubat gigi tanpa sengaja setelah berjaga-jaga, perkara ini tidaklah sehingga membatalkan puasa.

Beliau memberi saranan agar mengosok gigi di luar waktu berpuasa, yakni selepas bersahur atau berbuka puasa.

Makruh Berus Gigi Setelah Waktu Zohor Ketika Puasa?

Sebagai info tambahan, mazhab Syafie menyatakan hukum makruh membersihkan gigi setelah masuk waktu Zohor ketika berpuasa. Akan tetapi, Imam al-Nawawi berpandangan perkara ini tidak makruh berdasarkah kepada hujah dan dalil yang lebih kuat mengharuskannya.

Diriwayatkan daripada ‘Amir bin Rabiah, katanya:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا لَا أُحْصِي يَتَسَوَّكُ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya: “Aku pernah melihat Rasulullah SAW bersiwak sedangkan baginda dalam keadaan puasa sehingga aku tidak dapat menghitung jumlahnya”.

Satu lagi hadis berkenaan bersiwak telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA Rasulullah SAW bersabda:

لَوْلَا أنْ أشُقَّ علَى أُمَّتي أوْ علَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بالسِّوَاكِ مع كُلِّ صَلَاةٍ

Maksudnya: “Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap sembahyang”.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago