fbpx
Now Reading
Bapa Pelajar Nafi Mahu Saman Cikgu Azizan, Kenyataan Isterinya Itu Cuma Salah Faham

Bapa Pelajar Nafi Mahu Saman Cikgu Azizan, Kenyataan Isterinya Itu Cuma Salah Faham

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bapa kepada murid yang ditampar Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan, menafikan pihaknya akan memfailkan saman terhadap guru terbabit, susulan keputusan mahkamah semalam..

Menurut laporan Harian Metro semalam, lelaki berusia 50 tahun itu berkata ia mungkin timbul akibat salah faham antara isterinya dengan wartawan yang membuat laporan itu.

“Tindakan itu (saman) bukan sebahagian daripada apa yang kami mahu laksanakan buat masa ini. Mungkin berlaku salah faham atau kekeliruan ketika isteri ditemui wartawan itu (bukan dari kumpulan NSTP),” katanya

Menurutnya juga, dia sekeluarga amat tertekan dan trauma sekarang. Tumpuannya adalah mahu pulih daripada segala tekanan terlebih dahulu.

Mahkamah Majistret Seremban semalam melepas tanpa membebaskan guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai itu daripada pertuduhan mencederakan muridnya ekoran masalah disiplin pada oktober lalu.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, ibu murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai mas berkata kecewa dengan keputusan mahkamah dan sedang menimbang untuk memfailkan saman sivil terhadap guru tersebut.

Beliau juga mendakwa mempunyai bahan bukti anaknya itu mengalami kecederaan serius, termasuk gambar dan laporan perubatan.

Menurut laporan Harian Metro lagi, bapa murid itu mendakwa menerima banyak tekanan daripada pihak luar ekoran itu dia belum bersedia untuk memberikan penjelasan.

Namun, katanya lagi pihak keluarga mngkin akan mengadakan sidang media hari ini.

Isu ‘Cikgu Azizan’ mula tular di laman sosial hujung minggu lalu dengan ramai pihak menyuarakan sokongan kepada Azizan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.