Positif Influenza A, Peminat Doakan Almy Nadia & Anak Segera Sembuh

Pelakon Almy Nadia bersama dua orang anaknya, Nur Afrina Arianna dan Nur Afirna Aurora disahkan positif Influenza A.

Menerusi entri di Instagram, Almy Nadia telah bertanya kepada peminat cara untuk mengubati penyakit tersebut selepas mencuba pelbagai jenis ubat untuk sembuh.

“Hari ini (semalam) bawa la anak-anak pergi hospital. Nak dijadikan cerita inilah penyakit yang saya hadapi sebelum ni tetapi tak check betul-betul dan bila anak dah sakit terus bawa pergi hospital untuk lakukan pemeriksaan dan mereka disahkan positif Influenza A.

“Sedih semua ada, punya la jaga kesihatan, makan ubat macam-macam nak sihat akhirnya sakit juga selepas itu melibatkan anak-anak sakit sebab berjangkit dengan mama dia. Lagi rasa sedih tau.

“Macam mana nak sembuhkan penyakit ni. Sakit dia tuhan saja yang tahu gigil dan demam. Ya Allah dugaan betul ini.

“Sekarang mama, Arianna dan Aurora sakit benda yang sama. Sedih dan sakit sangat,”tulisnya.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya Almy Nadia dan anaknya kembali sihat.

“@titin2809: Kesiannya. Sabar ya Almy Nadia semoga anak-anak cepat sembuh.”

“@liza_norazmin: Elakkan makan dan minum oren. Segala macam oren. Kena pantang. Ank saya pernah kena. Alhamdulillah, sekarang sudah sihat. Semoga anak Almy Nadia cepat sembuh.”

“@norzahanbahani: Semoga sihat semua tau. Doa banyak-banyak. Almy Nadia kena kuat untuk anak walupun mamanya sakit jugak.”

“@mi3ka: Bersabar ya, ujian tu.. Banyak-banyak minum air masak yang bersih, kalau seorang boleh handle tapi kalau dua-dua sakit perlukan seseorang untuk membantu. Saya doakan Almy Nadia dan anak beranak cepat sembuh, tawakal banyak-banyak.”

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago