fbpx
Now Reading
“Melihat Melalui Tingkap Gim, Memakai Selipar Di Tengah-Tengah Musim Sejuk, Dengan Membawa Beg”

“Melihat Melalui Tingkap Gim, Memakai Selipar Di Tengah-Tengah Musim Sejuk, Dengan Membawa Beg”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan sosial media dengan cara yang betul mampu untuk mengubah kehidupan seseorang yang kurang bernasib baik untuk lebih baik.

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Muhammet Hüseyin yang juga merupakan perlarian Syira antara individu yang mendapat kebaikan daripada internet.

Viral di sosial media gambar budak lelaki memandang dengan penuh minat ke arah sebuah gim yang terletak di Turki menerusi tingkap kaca.

Ketika gambar tersebut menjadi viral, pemilik pusat gim tersebut memutuskan untuk mencari budak dan ingin menawarkannya keahlian gim seumur hidup, secara percuma.

Mereka kemudian mendapati dia bekerja di kawasan kejiranan sebagai tukang pengilat kasut.

Ia merupakan pekerjaan yang dilakukan sejak empat tahun yang lalu selepas melarikan diri dari perang di Syria empat tahun yang lalu.

“Seorang budak lelaki, melihat melalui tingkap gim, memakai selipar di tengah-tengah musim sejuk dengan membawa beg … kami ingin mencarinya dan menawarkannya keahlian seumur hidup di sini,” kata Engin Doğan, salah seorang pemilik gim.

“Kami dapat menemuinya dan dia adalah salah seorang ahli kita sekarang, “kata Doğan dengan bangga.

Hüseyin memberitahu akhbar tempatan, “Saya selalu bermimpi untuk menurunkan berat badan dan kini saya percaya saya dapat melakukannya dengan bersenam di gim ini.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.