fbpx
Now Reading
Lembah Klang Tenggelam

Lembah Klang Tenggelam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Banjir kilat berlaku di sekitar kawasan Damansara dan Sungai Buloh selepas hujan lebat selama beberapa jam di sekitar Lembah Klang pada petang Rabu.

Antara lokasi yang terjejas adalah Jalan Sungai Buloh selepas Plaza Tol Sungai Buloh dekat Stesen MRT dan juga Damansara Damai.

Selain itu, Jalan Persiaran Surian di antara Mutiara Damansara dan Kota Damansara berdekatan dengan Kondominium Palm Spring Damansara turut ditelenggami air.

Keadaan banjir kilat ini mengakibatkan kesesakan teruk di sekitar Lembah Klang terutama di Petaling Jaya dan Sungai Buloh.

Sementara itu, menurut laporan Bernama memetik Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri sebagai berkata, kesesakan lalu lintas berlaku akibat air bertakung di beberapa laluan utama seperti di Jalan Persiaran Surian di Petaling Jaya dan Jalan B27 berhampiran Jusco Rawang.

“Kesesakan berlaku lebih tujuh kilometer akibat laluan dinaiki air kira-kira 0.6 meter. Ini berpunca daripada hujan yang terlalu lebat dan berterusan di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Selain itu, enam rumah di Fasa Empat, Taman Rahmat Jaya, Gombak turut ditenggelami air sedalam 0.3 hingga 0.6 meter akibat limpahan air dari Sungai Kuang yang melepasi had ban sedia ada di taman berkenaan.

Video dan beberapa  keping gambar turut dikongsi oleh netizen semasa kejadian banjir berlaku.

Sumber : Bernama

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.