fbpx
Now Reading
Walaupun Dikecam Teruk, Serum Syafiqah Aina Habis 10 Ribu Unit

Walaupun Dikecam Teruk, Serum Syafiqah Aina Habis 10 Ribu Unit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BeSvLWTA42N/?taken-by=syafiqahaina"]

Syafiqah Aina, seorang model dan juga usahawan muda baru-baru ini menjadi perbualan orang ramai apabila dia mengeluarkan serum wajah kecantikan.

Timbul isu apabila orang ramai meragui dengan penghasilan serum tersebut kerana tiada butiran kilang yang dinyatakan. Netizen mula mempersoalkan kualiti serum tersebut kerana masa penghasilan serum tersebut sangat singkat dan tiada kajian yang terpeinci dijalankan.

Disebabkan sebelum ini banyak kes mengenai produk tempatan yang merosakkan kulit muka, netizen sudah serik ditipu oleh usahawan yang ingin mengaut keuntungan tanpa menggunakan modal yang besar.

Walaupun teruk dikecam, semalam Syafiqah memuat naik satu post di Instagram menyatakan 10 ribu unit serum mereka habis dijual.

Sebelum itu juga, di Insta Story Syafiqah, dia sempat memuat naik gambar dan video dia berada di sebuah makmal. Tujuan mereka mungkin untuk menjawab berkenaan isu penghasilan serum itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.