“Hanya Allah Saja Tahu Perasaan Saya, Suami Tidak Ingat Siapa Saya”

Jika anda ada perasan di Facebook video di bawah. Pasti anda tersentuh dengan keadaan suami dan isteri tersebut.

Namun, apakah kisah disebalik video yang menyentuh hati ini? Ukuti kisah yang diceritakan oleh Siti Rahayu Ibrahim, 28 mengenai kisah hidupnya.

Sepanjang lapan bulan, Siti Rahayu Ibrahim, 28, tabah menjalani hari suram bersama dua anak kecil berusia setahun serta enam tahun menemani suami tercinta Muhamad Ridhwan Mohd Zaki, 27, yang terlantar.

Ridwan hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya, Mei lalu.

Setiap hari Siti Rahayu tidak pernah jemu merangsang daya ingatan suaminya yang terlantar dengan menunjukkan gambar serta bercerita kenangan mereka sekeluarga.

“Suami saya koma hampir enam bulan dan doktor mengesahkan kes macam suami saya ini hayatnya boleh bertahan antara 10 hingga 15 tahun saja.

“Hanya Allah saja tahu perasaan saya apabila suami tidak ingat siapa saya, tetapi saya positifkan diri cuba memulihkan ingatannya dengan menunjukkan kad nikah, gambar perkahwinan dan kami anak beranak serta mengimbau beberapa kenangan,” katanya.

“Hari-hari saya tanya siapa nama dia serta saya dan anak-anak dan tarikh perkahwinan kami supaya dia dapat ingat balik.

Kisah pengorbanan Siti Rahayu yang setia menjaga dan tidak jemu mengembalikan ingatan suaminya dengan pelbagai ikhtiar mendapat perhatian netizen apabila dia kerap memuat naik status dan video di laman Facebooknya setiap hari.

“Niat saya untuk meluahkan apa yang terbuku sebab tiada siapa bersama saya kerana keluarga duduk berjauhan.

“Saya harap semua coretan mengenai pengorbanan dan keperitan saya sebagai isteri menunggu suami sembuh dapat dibaca suami saya suatu hari nanti,” katanya.

Siti Rahayu berkata, dia menjalankan perniagaan atas talian dengan menjual tudung, pakaian, kasut dan barangan kecantikan untuk menampung perbelanjaan bulanan.

“Sejak November lalu, saya mula mengeluarkan produk minuman kesihatan sendiri selepas dibantu seorang kenalan berpengaruh, walaupun tidak banyak keuntungan kerana pembelian bermusim, dapat menambah pendapatan menampung perbelanjaan bulanan kami.

“Perbelanjaan lampin pakai buang dan susu khas suami mencecah RM1,500, selain RM450 kos ambulans membawa suami ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setiap bulan bagi menerima rawatan,” katanya lagi.

Sumber : Metro Online

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

10 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

11 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

11 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

11 hours ago